‘Green Lane’ Di KLIA Mula Beroperasi Hari Ini, Beri Manfaat Cepatkan Pergerakan

Sistem ini akan menjalani tempoh percubaan selama sebulan sebelum diperluaskan ke Terminal 2 dan lapangan terbang lain di seluruh negara.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, laluan hijau (green lane) yang berfungsi mempercepatkan pergerakan penumpang antarabangsa beroperasi bermula hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menerusi laporan Berita Harian, inisiatif ini diperkenalkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kelewatan di pemeriksaan kastam yang sering berlaku sebelum ini menyebabkan barisan panjang dan kesesakan, khususnya di Terminal 1.

Menurutnya, laluan hijau itu memberi kemudahan kepada penumpang yang tiada barangan untuk diisytihar, namun anggota bertugas berhak menahan dan memeriksa penumpang sekiranya terdapat unsur mencurigakan.

"Sebelum ini semua penumpang melalui satu laluan dan ada keperluan mengimbas bagasi menggunakan mesin pengimbas, sekali gus menyebabkan kesesakan dan kelewatan," katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tengah).

Image via Anthony Loke Siew Fook (Facebook)

Sistem yang pernah dihentikan sementara sebelum digunakan semula

Loke berkata, sistem berkenaan pernah diperkenalkan sebelum ini namun dihentikan dan selepas beberapa perbincangan serta persetujuan MAHB, JKDM dan AKPS, ia diperkenalkan semula bagi tempoh percubaan selama sebulan sebelum diperluaskan ke Terminal 2 dan lapangan terbang lain di seluruh negara sekiranya berjaya.

"Pelaksanaan konsep ini bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan penambahbaikan membabitkan dua laluan hijau bagi penumpang tanpa barangan terlarang serta satu laluan merah bagi penumpang yang perlu membuat pengisytiharan.

"Penumpang yang menggunakan laluan hijau boleh terus keluar ke balai ketibaan tanpa pemeriksaan imbasan bagasi, manakala mereka yang membawa barangan untuk diisytihar perlu melalui laluan merah bagi urusan kastam termasuk bayaran duti.

"Menerusi konsep ini, kita berharap dapat menyuraikan pertambahan penumpang antara 80,000 hingga 90,000 orang sehari di Terminal 1 dengan 60 peratus daripadanya penumpang antarabangsa," katanya.

SAYS.com
Image via Anthony Loke Siew Fook (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: