Bukan Saja Mural Popular, Kereta Pun Dicacatkan Dengan Grafiti #4.0. Kerja Siapa Ni?
Perbuatan tak bermoral ini telah 'mencacatkan' mural yang menjadi tumpuan pelancong di Pulau Pinang.
Penduduk Georgetown, Pulau Pinang semalam dikejutkan apabila mural yang menjadi kebanggaan mereka diconteng dengan grafiti #4.0
Image via celahgelegar.blogspot.com
Menurut penjaja di sekitar kawasan warisan tersebut, semburan #4.0 berwarna kuning itu dikesan sejak semalam dan dipercayai dilakukan pada awal pagi Rabu
Image via celahgelegar.blogspot.com
Sumber juga memberitahu sebuah kedai runcit dan kereta yang terletak berhampiran dengan kawansan berkenaan turut dirosakkan
Image via celahgelegar.blogspot.com
Image via celahgelegar.blogspot.com
Contengan grafiti #4.0 ini dikatakan dibuat oleh pihak tertentu yang dikaitkan dengan demonstrasi Bersih 4.0
Image via www.malaysiakini.com
Menurut ADUN Komtar Teh Lai Heng, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kejadian vandalisme di tapak warisan dunia UNESCO terbabit
Teh berkata perlaku perbuatan tidak bermoral itu telah dapat dikesan melalui rakaman CCTV dan dipercayai melakukan perkara terbabit sekitar jam 3.15 pagi
Image via www.facebook.com
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan bahawa laporan vandalisme itu telah difailkan oleh penolong jurutera Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
Image via www.mstar.com.my
Mior berkata, pihak polis akan menggunakan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berkenaan untuk mengumpul bahan bukti dan menyiasat motif kejadian
Image via www.facebook.com
Sementara itu sebuah video yang dipercayai rakaman CCTV kejadian terbabit mula menjadi viral di media sosial. Lihat di bawah:
Dan seperti biasa, para netizen dengan pantasnya mula membuat andaian sendiri dan menganggap kejadian ini dilakukan atas arahan pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mencetus provokasi
Image via Facebook Penang Kini
Image via Facebook Penang Kini

