Graduan TVET MARA Raih Pendapatan Sehingga RM20K Sebulan Di Qatar Raih Perhatian
Kisah kejayaan graduan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur itu dikongsikan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang graduan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA kini meraih pendapatan mencecah RM20,000 sebulan bekerja sebagai mekanik syarikat penerbangan, Qatar Airways di Doha
Menerusi perkongsian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook, perkara itu diketahuinya selepas kebetulan bertemu dengan seorang graduan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur dikenali sebagai Ibrahim ketika dalam penerbangan pulang dari Doha ke Kuala Lumpur.
Ibrahim telah menyapanya serta memaklumkan bahawa beliau adalah 'anak MARA' yang tamat mengikuti bidang Sijil Teknologi Fabrikasi di IKM.
Dia kini bekerja sebagai mekanik badan kapal terbang di Qatar Airways di Doha dengan memperoleh pendapatan antara RM17,000 hingga RM20,000 sebulan.
Image via Facebook
Kisah Ibrahim membuktikan graduan TVET boleh berjaya dan menjadi bukti mampu menjadi tenaga kerja mahir hingga ke peringkat antarabangsa
Menurutnya, kejayaan Ibrahim membuktikan sijil kompetensi dan profesional bidang TVET mampu membawa seseorang individu mendapat kerja sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Hebat anak muda berasal dari Merlimau, Melaka, yang bernama Ibrahim ini. Menurut Ibrahim, semua 'batch' beliau lepasan IKM Kuala Lumpur mendapat pekerjaan bergaji serupa dalam bidang sama dengannya. Beliau amat berbangga menjadi 'anak MARA'.
"Siapa kata lulusan TVET tidak boleh berjaya? Bidang kemahiran dan vokasional yang ditawarkan MARA sama ada di GiatMARA, IKM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Malaysia-Japan Industrial Institute (MJII) mahupun pada peringkat tertinggi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan German-Malaysian Institute (GMI), terbukti mampu melahirkan ramai tenaga kerja mahir bukan saja untuk negara bahkan ke peringkat antarabangsa.
"Ibrahim adalah satu contoh bagaimana hanya dengan sijil kompetensi dan profesional bidang TVET, boleh mendapat kerja bergaji besar sehingga diiktiraf pada peringkat antarabangsa," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via