Graduan Cemerlang Disahkan Kanser Tahap 4 Bersyukur Dapat Sertai Konvo Lepas Rawatan Tunjuk Hasil Positif

Beliau turut dikurniakan Anugerah Emas Naib Canselor pada majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang graduan cemerlang Universiti Utara Malaysia (UUM) meluahkan rasa syukur dapat hadir ke majlis konvokesyen selepas menunjukkan perkembangan positif hadapi ujian kanser tahap 4

Menerusi perkongsian di Facebook UUM, graduan cemerlang itu, Nor Shamira Irwani Farid telah berjaya memperoleh PNGK 3.94 dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial.

Beliau menjelaskan hasil PET scan menunjukkan perkembangan positif, membolehkan doktor menukar rawatan kepada ubat yang kurang kuat sekali gus membolehkan beliau menghadiri sesi pertama dan sesi kelapan majlis konvokesyen.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dan puas dengan diri sendiri. Saya bersyukur kerana Tuhan memberi saya peluang untuk merasai nikmat kejayaan ini. Segala penat lelah selama empat tahun ini terasa terbalas.

"Jangan berputus asa. Penyakit bukan titik noktah untuk berjaya. Peganglah sekecil-kecil harapan, kerana masih ada orang yang menyokong dan mendoakan kita," katanya.

Menurut Nor Shamira, beliau menghadiahkan kejayaan ini kepada ibu bapanya, yang banyak bersusah payah menyara beliau sejak kecil, dari MRSM Merbok hingga ke UUM.

SAYS.com
Image via UUM

Didiagnosis pada pertengahan Ogos sebelum disahkan menghidap kanser tahap empat sebulan kemudian

Nor Shamira telah didiagnosis pada 19 Ogos 2025 didapati menghidap penyakit kanser Limfoma Hodgkin (Classic Hodgkin Lymphoma) sebelum sebulan kemudian pada 17 September, beliau disahkan berada di tahap empat.

"Pada mulanya, saya perasan ada sebiji ketulan kecil di leher kanan. Tapi disebabkan kekangan masa, saya biarkan sehingga awal tahun ini ketulan itu semakin besar dan banyak.

"Sepanjang praktikum selama empat bulan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), saya kerap berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

"Pada awal rawatan, kemoterapi yang kuat memerlukan saya dimasukkan ke wad, sehingga tidak memungkinkan saya ke UUM Sintok untuk menghadiri majlis konvokesyen ini, tetapi perancangan Allah itu lebih tepat," katanya.

SAYS.com
Image via UUM

Jadi lambang kecekalan dan ketabahan seorang insan

Naib Canselor, Prof. Dato' Dr Mohd Foad Sakdan turut menyentuh kisah Shamira dalam ucapan aluan sesi pertama dan mengajak semua tetamu untuk memberikan tepukan sokongan kasih kepada Shamira.

"Marilah memberi tepukan gemuruh sebagai sokongan dan kasih kita kepada Nor Shamira yang hadir bersama kita dalam dewan pagi ini." katanya.

Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Canselor UUM, mengurniakan Anugerah Emas Naib Canselor kepada Shamira.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan memperlihatkan perjalanan akademik Nor Shamira bukan sahaja cemerlang dari segi prestasi, malah penuh dengan ketabahan luar biasa.

Menurutnya, doa daripada keluarga, pensyarah, rakan-rakan, serta sokongan pasangan dan keluarga menjadi dorongan untuk menempuh cabaran pengajian dan rawatan kesihatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: