Grace Wong Pecah Rekod Kebangsaan & Sukan SEA, Raih Emas Acara Baling Tukul Besi

Tahniah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan SEA buat kali ketiga berturut-turut

Menerusi laporan Buletin TV3, beliau turut berjaya memecahkan rekod temasya dan kebangsaan dengan lontaran 65.41 meter di Stadium Suphachalasai, Bangkok, Thailand hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu sebelum ini memegang rekod Sukan SEA 61.87m di Phnom Penh pada 2023.

Namun, dia berjaya memecahkan rekod miliknya sendiri itu dengan memperbaharui rekod kebangsaan 63.53m di Terbuka Malaysia, Ogos lalu.

SAYS.com
Image via Eizairi Shamsudin

Pecah rekod Sukan SEA tiga kali dalam sesi yang sama

Grace mencuri tumpuan dalam acara olahraga hari ini apabila memecahkan rekod Sukan SEA sebanyak tiga kali dengan 63.83m pada lontaran kedua, 65.09m pada lontaran ketiga dan 65.41m pada lontaran keempat untuk meraih emas.

Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Mingkamon Koomphon (60.74m), manakala rakan senegaranya, Sawitree Kaewasuksri (56.27m) meraih gangsa.

Seorang lagi wakil Malaysia, Nurul Hidayah Lukman berpuas hati di tempat kelima dengan 52.21m.

Imbas kembali, Grace memenangi emas dengan catatan 57.13m pada Sukan SEA Hanoi 2021.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: