Grab Sedang Uji Feature ‘Women Only-Ride’, Ini Cara Para Pengguna Wanita Boleh Menempahnya
Perkhidmatan ini difahamkan akan tersedia hanya di kawasan Lembah Klang setakat ini.
Cover image via Grab MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Grab Malaysia sedang menguji Women-Only Rides (Beta), satu perkhidmatan yang membolehkan penumpang wanita menempah perjalanan dengan pemandu Grab wanita
Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia melalui Advance Booking, yang bermaksud pengguna perlu menjadualkan perjalanan mereka lebih awal dan bukannya menempah serta-merta dan sudah tentu ianya direka khas untuk wanita sahaja.
Hanya penumpang wanita yang telah mengesahkan identiti dan jantina mereka dalam aplikasi akan dapat melihat dan menggunakan pilihan Women-Only Rides (Beta).
Setelah pengesahan dilakukan, pengguna boleh menempah perjalanan untuk diri mereka sendiri atau secara berkumpulan, selagi penumpangnya adalah wanita. Ciri ini sedang diuji di kawasan Lembah Klang.

Berikut ialah cara untuk menempah Tunggangan Khusus Wanita:
1. Masukkan lokasi pengambilan dan destinasi anda dalam aplikasi Grab.

2. Di bawah kategori 'Standard', pilih 'Women-Only Rides (Beta)'.

3. Pilih tarikh dan masa, kemudian tap pada 'Schedule Standard' untuk mengesahkan tempahan anda.

Memandangkan perkhidmatan perlu dipadankan dengan pemandu wanita, penjadualan lebih awal membantu sistem menetapkan pemandu yang tersedia.
Tak jumpa fitur ini? Anda mungkin perlu mengesahkan profil terlebih dahulu
Cara-caranya adalah:
- Isytihar jantina anda dalam profil Grab.
- Sahkan identiti anda melalui proses pengesahan aplikasi.
Grab menyatakan bahawa pengesahan mungkin mengambil masa sehingga tiga hari bekerja. Setelah diluluskan, pilihan Women-Only Rides (Beta) sepatutnya muncul dalam menu pilihan pengguna.
Seperti kebanyakan ciri baharu, fitur ini sedang dilancarkan sebagai ujian beta, yang bermaksud ia mungkin masih dalam proses perkembangan bergantung pada maklum balas dan permintaan pengguna.
Buat masa ini, para wanita di Lembah Klang boleh mencuba perkhidmatan ini dengan menjadualkan tempahan terlebih dahulu, berpotensi menawarkan pilihan lain untuk mereka yang memerlukan pemandu wanita untuk perjalanan mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



