Glocal Travel Lakar Sejarah Sebagai Agensi Umrah & Haji Pertama Terajui Model Francais Pernas

Glocal Travel menyasarkan sebanyak 50 francaisi di seluruh negara.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Glocal Travel & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Glocal Travel & Tours (Glocal Travel) melakar sejarah apabila muncul sebagai agensi pelancongan umrah dan haji pertama di Malaysia yang terpilih untuk menerajui model perniagaan francais di bawah kendalian Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)

Menerusi fasa permulaan ini, Glocal Travel menyasarkan sebanyak 50 francaisi di seluruh negara bagi membangunkan rangkaian perniagaan yang lebih sistematik, telus dan berdaya saing. Langkah ini diambil selepas syarikat berjaya menamatkan Program Pembangunan Pernas Xcelerator yang membimbing syarikat tempatan ke arah model francais yang matang.

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Datuk Md Idzham Isa, menjelaskan bahawa model francais ini direka khusus untuk memudahkan usahawan baharu menceburi industri pelancongan tanpa perlu bimbang tentang bebanan operasi yang berat.

"Kelebihan menjadi francaisi Glocal Travel adalah kami menyediakan segala-galanya. Jika individu mahu membuka syarikat sendiri, mereka perlu memikirkan kos lesen, dana untuk tiket penerbangan, dan tempahan hotel. Namun di bawah skim ini, semua aspek pengurusan termasuk perakaunan, urusan visa, dan logistik diuruskan sepenuhnya oleh kami. Francaisi hanya perlu memfokuskan kepada strategi pemasaran dan jualan sahaja," ujar beliau.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif Glocal Travel, Datuk Md Idzham Isa

Image via Glocal Travel

Misi menangani isu penipuan umrah

Selain memperkasakan usahawan Bumiputera, pengenalan sistem francais ini membawa misi murni untuk meningkatkan tahap kepercayaan jemaah. Dengan penyeragaman Standard Operasi (SOP) dan tadbir urus yang dipantau ketat, Glocal Travel berharap dapat mengurangkan kes penipuan umrah yang sering menghantui industri.

"Harapan kami adalah untuk membantu menangani masalah jemaah terkandas, tiada tiket, atau hotel tidak ditempah. Menerusi model ini, kita dapat memastikan perjalanan jemaah lebih terancang dan profesional, sekali gus membantu lebih ramai orang menjadikan bidang pelancongan sebagai kerjaya perniagaan yang mampan," tambah Datuk Md Idzham.

Turut hadir dalam majlis pelancaran awal pra-francais tersebut ialah Pengerusi Pernas, Datuk Mohamed Rozhan Mohd Ghazalli, dan Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Datuk Nor Azam M. Taib.

Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan, Glocal Travel turut merancang untuk memperkenalkan penawaran baharu termasuk:

  • Pakej Premium & Muslim Tours: Mempelbagaikan pilihan destinasi selain Tanah Suci.
  • Pengukuhan Platform Digital: Meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman pelanggan secara dalam talian.
  • Rangkaian Affiliate: Mengukuhkan sistem pemasaran bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang stabil.

Glocal Travel kini berada pada landasan kukuh untuk terus berkembang sebagai jenama perintis yang menawarkan perkhidmatan umrah, haji, serta pelancongan korporat dan teknikal yang diyakini di peringkat global.

SAYS.com
Image via Glocal Travel

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik