Gimik Produk Tak Kena Tempat, Dato’ Aliff Syukri Hina Raut Wajah Penonton Di Gegar Vaganza

Dia juga telah menghina warna kulit penyanyi, Santesh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @thisisizwanafiq
Logo

Dato' Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal di Malaysia memang sentiasa terpalit dengan kontroversi

Dalam rancangan Gegar Vaganza 5 yang berlangsung semalam, 4 November, Dato' Aliff sekali lagi bikin kontroversi apabila dikatakan bersikap rasis dan pada masa yang sama telah mempersenda raut wajah orang lain.

Dato' Aliff yang merupakan penaja utama kepada program nyanyian tersebut telah menghina warna kulit penyanyi, Santesh. Di samping itu, dia juga dengan 'selamba' telah melabel seorang penonton dengan gelaran 'muka hodoh' (ugly woman) dalam satu selingan untuk mempromosikan produk terbarunya.

Lihat video di bawah:

Image via SelangorKini

Tindakan Dato' Aliff itu telah mengundang kemarahan para netizen yang menganggap tindakannya itu salah

Bukan itu sahaja, penyanyi Malaysia, Imran Ajmain turut meluahkan dukacitanya terhadap sikap Dato' Aliff dalam laman Twitter miliknya

Penyanyi dan chef, Dato' Fazley Yaacob juga merasakan tindakan Dato' Aliff sebagai memalukan dan menggesanya supaya memohon maaf

Mungkin tindakan Dato' Aliff itu adalah sekadar bergurau demi untuk mempromosikan produk terbarunya

Namun begitu, dalam bergurau perlulah bertempat lebih-lebih lagi jikalau ialah melibatkan sensitiviti orang sekeliling. Diharap agar Dato' Aliff menganggap perkara ni sebagai teguran dan iktibar yang baik untuk perbaiki dirinya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: