Getha Lancar Tilam Teknologi Penyejuk Baharu ‘Miracle Latex’, Sasar Segmen Mampu Milik
Getha turut berjaya melakar sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengeluar peralatan tidur premium terkemuka, Getha, terus memacu inovasi dalam industri getah tempatan dengan pelancaran koleksi terbaharu, Transforme Miracle Latex Prime Fibre
Majlis pelancaran yang berlangsung di Sunway Pyramid itu menyaksikan Getha bukan sahaja memperkukuh kedudukannya dalam segmen mewah, malah mula meluaskan capaian ke pasaran mampu milik.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan) MITI, Datuk Bahria Mohd Tamil. Beliau menyifatkan inovasi ini sebagai bukti kemampuan syarikat tempatan beralih daripada sekadar pengeksport komoditi kepada pembangun produk teknologi tinggi bernilai tambah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil
Image via GethaInovasi hijau, gabungan lateks & gentian tumbuhan
Tilam Transforme Miracle Latex Prime Fibre menampilkan gabungan unik bahan semula jadi yang mementingkan kelestarian:
- Miracle Latex: Formulasi lateks eksklusif Getha untuk sokongan tubuh seimbang.
- Bahan Organik: Penggunaan gentian kelapa dan serat tebu bagi menyokong struktur tilam.
- Teknologi Suhu: Dilengkapi fabrik BioCool dan teknologi Suprelle Cool Night yang berfungsi mengurangkan haba serta mengawal suhu badan sepanjang tempoh tidur.
"Inilah yang dikatakan sebagai 'Made by Malaysia'; produk yang bukan sahaja dibuat di sini, malah diilhamkan dan dibangunkan melalui kreativiti rakyat kita sendiri," ujar Datuk Bahria.

Pengarah Projek Getha, Kevin Tan
Image via GethaPengarah Projek Getha, Kevin Tan, menjelaskan bahawa pembangunan produk ini dipacu oleh maklum balas pengguna yang inginkan ketahanan lebih tinggi serta pilihan yang lebih inklusif.
- Segmen Premium: Bermula pada harga RM6,999, pelanggan ditawarkan diskaun eksklusif 35% serta tawaran tukar beli (trade-in) sehingga RM1,500 untuk tempoh terhad.
- Segmen Mampu Milik: Menyasar golongan profesional muda dan pembeli rumah pertama, Getha memperkenalkan model alternatif dalam talian bermula pada harga RM2,499. Skim ansuran serendah RM47 sebulan turut disediakan bagi memudahkan pemilikan.

Pada majlis yang sama, Getha berjaya melakar sejarah apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records:
- Tilam lateks semula jadi pertama dengan teknologi Graphite+.
- Tilam penyejuk semula jadi pertama di Malaysia.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi profil global Getha yang sebelum ini telah dinobatkan sebagai pemenang World Branding Awards sebanyak 10 kali sejak 2015.
Langkah strategik Getha ini mencerminkan hala tuju baharu sektor pembuatan Malaysia yang kini lebih tertumpu kepada aspek inovasi, kelestarian, dan persaingan di peringkat global. Maklumat lanjut boleh didapati di www.getha.com.my.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 