‘Abang Long Fadhil’ – Bekas Gengster Kini Bertaubat Selepas Mimpi Hari Kiamat

Syukur, Alhamdulillah!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Online
Logo

'Abang Long Fadhil' – apabila mendengar nama ini pasti anda akan terus terbayangkan watak yang dibawa oleh Zizan Razak dalam filem KL Gangster

Tetapi, tahukah anda ternyata sememangnya wujud **'Abang Long Fadhil'** di dalam dunia realiti?

**'Abang Long Fadhil'** atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 merupakan seorang bekas gengster dari negara jiran, Singapura telah kembali ke jalan Allah SWT selepas mendapat mimpi hari kiamat.

Muhd Fadhil, 'Abang Long Fadhil'

Image via Sinar Online

Walaupun sering menerima pandangan sinis orang ramai apabila ke surau atau masjid kerana wajahnya yang bertatu, beliau tidak mempedulikan persepsi orang ramai mengenainya dan terus bertekad untuk berubah.

Kisahnya itu dikongsi di dalam sebuah video dan telah menjadi viral di laman Facebook setelah dimuatnaik di laman YouTube [Ar-RahmanTV](https://www.youtube.com/channel/UCLaOzRx6H4hr9XKDzMc92SA).

Beliau mula berubah apabila beliau mendapat sebuah mimpi mengenai hari kiamat pada tahun 2014

Selepas kejadian itu beliau mula solat jemaah di masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah

"Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu," katanya lagi.

Abang Long Fadhil bersama Ustaz Azhar Idrus dan sahabat yang lain.

Image via www.penangkini.com

Fadhil memberitahu bahawa beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah

Bercerita mengenai kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dibuat pada tubuhnya adalah semasa beliau berumur 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya

Beliau memberitahu, tatu pertama yang dibuat adalah pada tangan yang mana dibantu oleh rakan-rakannya.

**Bahkan, beliau pertama kali dimasukkan ke penjara ketika berusia 12 tahun kerana memukul budak yang dua tahun lebih tua darinya dengan kayu dalam satu pergaduhan.**

Tambahnya lagi di dalam video tersebut, arak dan makan babi itu perkara biasa dalam hidupnya dan babi itu antara makanan paling sedap yang beliau pernah makan. Beliau juga selalu turut serta dalam pergaduhan antara geng gangster di Singapura.

Penghijrahan beliau bermula sedikit demi sedikit. Beliau mula meninggalkan babi dan arak setelah timbul perasaan geli terhadap kedua-dua benda haram itu.

Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya. Beliau memilih jalan baru di dalam hidupnya setelah sekian lama bergelumang dengan dosa. Semuanya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan ibu yang melahirkannya.

Ibu Fadhil.

Image via Ar-RahmanTV/YouTube

Tonton video penuh wawancara beliau di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: