[GEMPAR] Gadis 19 Tahun Maut Disembelih Rakan Lelaki Kerana Menolak Cinta
Kerana cinta badan binasa.
Cover image via SAYS.com[TERKINI] "Anak Saya Diugut Dengan Pisau Sebelum Dipaksa Masuk Ke Dalam Kereta"
Azlina Berkata Tragedi Yang Menimpa Anak Perempuannya Itu Patut Dijadikan Iktibar Oleh Pihak Keselamatan Universiti Tersebut Supaya Tidak Mudah Membenarkan Orang Luar Memasuki Kawasan Kampus
Image via null
5 Februari: Identiti Pembunuh Nursyuhada Tersebar Luas Di Laman Sosial
Dalam Pada Itu, Profesor Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abdul Rahman Menasihatkan Kaum Wanita Supaya Tidak Mudah Jatuh Hati Dengan Lelaki Serta Tidak Keluar Secara Berdua-Duaan
Tarikh 2 Februari 2015 Telah Merakam Satu Tragedi Berdarah Di Mana Seorang Gadis Berusia 19 Tahun Dilapor Maut Selepas Disembelih Rakan Lelakinya Di Tepi Lebuh Raya Berdekatan Taiping
Mangsa, Yang Juga Pelajar Tahun Satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang, Nursyuhada Johari Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital Kuala Kangsar Kira-kira Jam 2 Petang
Menurut Seorang Saksi, Dia Melihat Seorang Perempuan Telah Keluar Dari Kereta Terbabit Melalui Pintu Penumpang Dan Kemudian Jatuh Ke Jalan Dalam Keadaan Berlumuran Darah
"Ketika Itu, Kelihatan Terdapat Kesan Kelar Pada Leher Mangsa Dan Tidak Lama Selepas Itu Kelihatan Lelaki Berkenaan Muncul Semula Dan Terus Membuka Pintu Kereta Untuk Mengambil Sebuah Telefon Bimbit."
Sementara Itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa Berkata Lelaki Berusia 25 Tahun Itu Disyaki Mempunyai Masalah Mental Dan Telahpun Diberkas Pihak Polis
Dalam Pada Itu, Bapa Mangsa, Johari Hashim Memberitahu Bahawa Lelaki Tersebut Sering Mengganggu Anaknya Sejak Zaman Sekolah Lagi Kerana Ingin Menjalin Hubungan Serius, Namun Anaknya Tidak Melayan
"Dia Pernah Memecahkan Pintu Di Rumah Lama Saya Dan Ditahan Beberapa Kali Dipercayai Terbabit Dalam Penyalahgunaan Dadah. Saya Juga Pernah Membuat Laporan Polis Empat Tahun Lepas."
Ketika Ditanya Mengenai Kejadian Itu, Johari Berkata, Dia Mengetahui Insiden Itu Apabila Seorang Rakan Nursyuhada Menghubungi Isterinya Dan Memaklumkan Anaknya Itu Diugut Sebelum Dilarikan Lelaki Terbabit Dari Kampus
Jenazah Nursyuhada Telah Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan Pada Jam 11 Pagi Keesokan Harinya
Takziah Diucapkan Kepada Ahli Keluarga Mangsa. Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Nursyuhada Johari, Semoga Ditempatkan Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.
Image via null
MOST READ

