Gema Raya Putrajaya 2026, PICC Bakal Jadi ‘Hab Raya’ Terbesar Di Puncak Putrajaya
Jom ke PICC bermula 15 Februari hingga 19 Mac ini!
Cover image via RaydiatesFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Putrajaya bakal menyaksikan transformasi besar bagi persiapan Aidilfitri tahun ini menerusi penganjuran Gema Raya Putrajaya 2026
Festival Ramadan-Raya yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini dijadualkan bermula pada 15 Februari hingga 19 Mac 2026.
Dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. (Raydiates) dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), acara ini mengangkat Putrajaya sebagai destinasi pelancongan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pemilihan PICC yang terletak di puncak tertinggi Putrajaya bukan sekadar simbolik, malah berdasarkan kemudahan fasiliti bertaraf antarabangsa dan teknologi tinggi yang ditawarkan. Pengarah Urusan Raydiates, Rayme Zainal, menyatakan bahawa lokasi ini mampu menampung penganjuran berskala besar yang merangkumi hampir 300 vendor serta jangkaan kehadiran mencecah 800,000 pengunjung.
"Gema Raya Putrajaya 2026 bakal melakar sejarah sebagai festival raya terbesar pertama di puncak Putrajaya. Kami mahu menjadikannya lebih daripada sekadar bazar, tetapi sebuah platform ekonomi kreatif yang menggabungkan keusahawanan, seni budaya, dan inisiatif kebajikan," ujar beliau.

Pengarah Urusan Raydiates, Rayme Zainal
Image via RaydiatesImage viaPICC sebagai lokasi ikonik festival dan rekod kejayaan Raydiates Blue
Keyakinan Rayme dalam menerajui industri pengurusan acara (Event Organizer atau EO) berputik daripada kejayaan luar biasa tahun lalu. Antara pencapaian signifikan syarikat milik Bumiputera ini termasuk:
- Bazar Anjung Syawal 2025: Menarik lebih 1 juta pengunjung dalam tempoh 32 hari dengan beberapa peniaga mencatatkan jualan sehingga RM100,000.
- Anjung MalaysiaKu Foodie Fiesta: Menyediakan hampir 300 lot niaga di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Fun Run Bersama Dato' Seri Siti Nurhaliza: Kolaborasi strategik bersama SimplySiti dan Anytime Fitness yang berjaya menarik hampir 1,000 peserta.
- Karnival BSN Mikro Madani: Memperkasa usahawan mikro di Zon Pantai Timur.

Sejajar dengan agenda nasional, Raydiates merancang untuk memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju platform ekonomi kreatif rakyat. Syarikat ini menyasarkan lebih banyak kerjasama strategik bersama sektor korporat dan agensi kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi festival seni dan budaya bertaraf antarabangsa.
"Industri EO mempunyai masa depan yang cerah. Melalui Gema Raya, kami berharap dapat membantu pertumbuhan ekonomi tempatan serta memperkasa usahawan mikro dan PKS agar mampu bersaing di peringkat global," tambah Rayme.
Festival selama 33 hari ini bukan sahaja menawarkan keperluan persiapan raya pada harga berpatutan, malah akan diisi dengan program kerohanian dan pembangunan bakat belia, sekali gus menjadikannya acara wajib kunjung bagi seluruh warga Lembah Klang dan pelancong luar negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



