Gema Raya Putrajaya 2026: Festival Raya Terbesar Di PICC Dengan Tawaran Harga Mampu Milik
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran lagu tema bertajuk "Gema Raya" yang ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Rayme.
Cover image via @gemarayaputrajaya (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Festival raya terbesar yang pertama kali diadakan di puncak tertinggi Putrajaya, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC, komited membantu rakyat dengan menawarkan harga produk yang mampu milik bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40)
Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal, menegaskan bahawa inisiatif ini penting dalam mendepani peningkatan kos sara hidup menjelang Ramadan dan Aidilfitri, yang memberi kesan besar kepada kumpulan B40 dan M40.
Beliau turut menepis dakwaan bahawa festival ini hanya disasarkan kepada golongan T20 memandangkan ia diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang ikonik dan berhawa dingin sepenuhnya.

Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal
Image via @gemarayaputrajaya (Instagram)"Walaupun PICC dikenali dengan fasiliti bertaraf antarabangsa, kami memberi jaminan harga yang ditawarkan masih berpatutan. Malah, sewa lot niaga selama 33 hari di sini tidak membebankan peniaga, sekaligus membolehkan mereka menawarkan harga munasabah tanpa perlu mengejar keuntungan semata-mata," katanya selepas majlis pelancaran festival tersebut hari ini.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran lagu tema bertajuk "Gema Raya" yang ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Rayme.

Tarikan artis 'Gred A' dan program kerohanian
Gema Raya Putrajaya 2026 bukan sekadar tempat membeli-belah, malah ia merupakan gabungan keusahawanan, seni budaya, teknologi, dan kebajikan. Antara tarikan utama yang bakal menggamit kehadiran sehingga 800,000 pengunjung ialah kemunculan artis popular bertaraf gred A.
Antara barisan artis yang bakal membuat persembahan pada hujung minggu terpilih termasuklah Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi, Nabila Razali, Bella Astillah, Didie Shazry dan Kumpulan Alpha.
Selain hiburan, program ini turut diimbangi dengan pengisian kerohanian menerusi segmen Nur Ramadan yang menampilkan barisan agamawan terkenal bagi memberikan pengisian jiwa sepanjang tempoh 33 hari penganjuran dari 15 Februari hingga malam raya.

Dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), festival ini turut melibatkan hampir 300 vendor.
Rakan strategik edisi pertama ini merangkumi pelbagai jenama besar seperti GRAB, MindLab, Red Circle Studio, Happy Token dan ramai lagi, manakala POUCHES MY bertindak sebagai Rakan Pelaksana.
"Kami mahu memberikan yang terbaik bukan sahaja kepada pengunjung, malah kepada usahawan. Kehadiran artis popular dan agamawan ini adalah penanda aras bagi kejayaan penganjuran Gema Raya Putrajaya pada masa akan datang," tambah Rayme.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



