Gema Raya Putrajaya 2026, Barisan Artis Popular Bakal Gegarkan PICC Bermula 15 Februari Ini

Gema Raya Putrajaya 2026 turut akan menampilkan barisan finalis AJL yang akan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peminat seni tanah air dan pengunjung festival Ramadan-Raya bakal disajikan dengan pengalaman luar biasa apabila Gema Raya Putrajaya 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis popular bertaraf 'Gred A'

Festival yang akan berlangsung selama 33 hari bermula 15 Februari hingga malam raya ini dijangka menjadi acara paling dinanti tahun ini, menggabungkan elemen hiburan, keusahawanan, dan kerohanian di puncak tertinggi Putrajaya.

Gema Raya Putrajaya 2026 turut akan menampilkan barisan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih. Antara nama besar yang disahkan hadir termasuk:

  • Aina Abdul
  • Ernie Zakri
  • Khai Bahar
  • Amir Masdi
  • Nabila Razali

Turut memeriahkan suasana ialah Bella Astillah, Didie Shazry (Juara Raise The Star Malaysia), dan kumpulan Alpha (Big Stage Alpha). Kehadiran bintang-bintang ini dilihat sebagai penanda aras kejayaan festival tersebut dalam menarik kunjungan orang ramai.

SAYS.com

Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal

Image via @gemarayaputrajaya (Instagram)

Konsep 'healing' di puncak bukit dan sasaran 800,000 pengunjung

Berbeza dengan bazar Aidilfitri yang lain, penganjur Raydiates Blue Sdn. Bhd. memperkenalkan konsep Iftar dan Moreh di Puncak Bukit. Pengarah Urusannya, Rayme Zainal, berkata keunikan ini membolehkan pengunjung menikmati hidangan secara santai sambil melihat panorama indah Putrajaya dari PICC.

"Pengunjung bukan sekadar datang membeli-belah, tetapi turut berpeluang berehat, 'healing' dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana berhawa dingin yang selesa serta kawasan luar yang luas," jelas Rayme.

SAYS.com
Image via @gemarayaputrajaya (Instagram)

Dengan penyertaan hampir 300 vendor, festival ini menjadi platform strategik buat usahawan tempatan. Setakat ini, lebih 150 lot niaga telah habis terjual sejak Disember lalu.

Pihak penganjur mensasarkan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung, memandangkan rekod cemerlang Raydiates sebelum ini yang berjaya menarik lebih 1 juta pengunjung ketika mengendalikan Bazar Aidilfitri Anjung Syawal pada tahun 2025.

Untuk info, Gema Raya Putrajaya 2026 turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta kerjasama PULSE Group. Selain membeli-belah, pengisian program merangkumi aspek seni budaya dan kebajikan komuniti.

Orang ramai yang ingin mengetahui jadual persembahan artis atau berminat menjadi vendor boleh melayari laman web www.klramadanfestival.com.my!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: