[VIDEO] Gelagat Jawapan Teka-Teki Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur, Siap Tunjuk ‘Demo’
Selain daripada mencuit hati, teka-teki ini boleh mengasah minda anda menjadi lebih tajam.
Cover image via TwitterMeneka jawapan teka-teki boleh menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan ketika berkumpul dengan rakan dan keluarga
Image via GIPHY
Malah, teka-teki adalah sesuatu permainan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa dan tua.
Selain daripada mencuit hati, teka-teki juga boleh mengasah minda anda menjadi lebih tajam dan peka serta mencerdaskan otak.
Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar
Nampak mudah tetapi sebenarnya tiada satu pun soalan teka-teki yang berjaya dijawab dengan betul oleh lelaki ini.
Begitupun, ramai yang terhibur dengan gelagatnya apabila gagal menjawab soalan dengan betul. Sehinggalah pada akhirnya dia berjaya menjawab satu soalan sambil menunjukkan aksi mengorek hidung sebagai demonstrasi jawapannya.
Image via GIPHY
Rata-rata netizen bengang dan pada masa sama terhibur dengan perbuatannya yang tidak senonoh itu
Hasil tinjauan di laman Twitter, ini beberapa reaksi yang ditinggalkan netizen:
Image via Twitter
Selekehnya siap tunjuk demonstrasi lagi.
Image via Twitter
Image via Twitter
Anda terhibur? Jom kita cuba sekali jawab soalan teka-teki ini, tapi jangan buat perkara tak senonoh pula ya.
Image via SAYS Seismik


