Antara Langit & Laut: Pengalaman Luar Biasa Di Western Australia
Korang tahu tak sebenarnya banyak lagi aktiviti unik dan penuh kejutan yang boleh buat di bumi kangaroo ini!
Cover image via Three Islands Whale Shark Dive & Amir Hakim Raslan/SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau korang rasa Perth dah cukup best, tunggu sampai korang explore seluruh Western Australia. Dari langit sampai ke laut, penuh dengan pengalaman luar biasa yang korang takkan lupa!

Baru-baru ini, SEISMIK berpeluang cuba sendiri beberapa aktiviti menarik yang korang pun wajib cuba kalau datang ke Western Australia. Dari naik belon udara panas sambil tengok sunrise, ronda bandar Perth naik beca, sampailah ke pengalaman paling rare berenang sebelah Whale Shark!
Memang lain macam best dia! Jom ikut kami explore Western Australia:
1. Melayang Bersama Liberty Balloon Flights
Okay guys, ini serius antara pengalaman yang korang wajib try! Bayangkan naik belon udara panas sambil tengok matahari terbit perlahan-lahan. Sumpah rasa macam terapung dalam mimpi weh.
Kalau nak join aktiviti ni, korang kena mula hari seawal pagi. Belon ni tak naik dari Perth City ya, korang kena bergerak ke pekan Northam, yang terletak lebih kurang 1 jam dari bandar Perth.

Sampai je kat sana, kru dari Liberty Balloon Flights akan sambut dan brief korang. Yang bestnya sebelum naik, korang pun boleh join sekali tengok (atau tolong sikit) proses setup belon. Dari tiup belon guna kipas besar, sampailah nyalakan api besar tu untuk panaskan udara dalam belon.
Walaupun sebenarnya kru dorang yang handle semua, tapi bila korang ada kat situ masa setup tu lagi rasa 'connected' dengan pengalaman itu sendiri.
Tapi heads up ya, masa ni memang sejuk gila! Suhu boleh turun sampai 5 darjah Celsius, jadi sangat disarankan pakai jaket tebal, sarung tangan kalau ada, dan mungkin topi/wool beanie untuk tahan angin pagi.


Masa belon mula-mula nak naik, cuak tu memang ada lagi-lagi kalau korang jenis takut tinggi. Tapi bila belon dah terapung perlahan-lahan ke udara, dan korang mula nampak pemandangan dari atas, terus rasa tenang… takut tu hilang macam tu je.
Sambil belon melayang, langit mula berubah warna dari gelap ke merah, oren, kuning masa matahari muncul perlahan-lahan. Serius, view masa ni memang luar biasa cantik. Rasa macam tengah tengok dunia dari perspektif yang sangat tenang dan damai.
Yang paling best kalau nasib baik, korang boleh nampak kangaroo liar berlari-lari kat ladang hijau dari atas belon. Moment ni memang buat rasa trip ni berbaloi gila.


Memang best sangat experience ni. Rasa tenang, seronok, dan lain dari yang lain.
Lepas selamat landing, korang pun akan dibawa tengok belon yang dah kempis, dan boleh masuk dalam belon tu sendiri untuk bergambar! Unik kan? Bukan setakat tengok dari luar je, siap boleh posing dalam belon gergasi tu. Confirm gambar korang nampak rare kat Instagram.
Serius, korang kena cuba sendiri pengalaman ni kalau ke Western Australia. Worth every ringgit, setiap detik memang unforgettable.
Liberty Balloon FlightsWebsite: www.libertyballoonflights.com.au
Email: info@libertyballoonflights.com.au
Facebook: libertyballoonflights
Instagram: libertyballoonflights
2. Naik Beca Jelajah Kota Perth
Kalau korang nak santai-santai sambil explore bandar Perth, korang wajib cuba naik beca
dengan Peddle Perth!
Bayangkan vibe dia macam beca kat Melaka, tapi kali ni korang dibawa jelajah sekitar kota Perth yang moden dan tenang. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sambil duduk rileks dalam beca, korang boleh tengok bangunan ikonik, taman, jalan-jalan kecil yang hidden gem.

Korang tak perlu pening kepala nak fikir jalan, tak payah dah nak buka Google Maps ke sana sini. Duduk je rileks dalam beca dan pemandu akan bawa korang terus ke spot-spot paling menarik yang mungkin korang sendiri tak tahu wujud pun!
Korang akan pusing-pusing sekitar bandar Perth, lalu kawasan bersejarah, taman, street art, dan tempat-tempat ikonik yang sesuai sangat untuk bergambar.

Yang bestnya, pemandu beca ni bukan sekadar kayuh je. Diaorang pun akan share cerita, sejarah dan fun facts pasal tempat-tempat yang korang lalu. Feel dia macam private tour, tapi chill dan fun.
Korang tak penat, tak sesat dan yang paling best memang jimat masa! Naik beca ni sangat sesuai kalau korang travel dengan warga emas, anak kecil atau baby. Tak payah risau pasal jalan jauh atau banyak berjalan.
Korang cuma duduk, ambil gambar, enjoy pemandangan, dan biar pemandu beca yang uruskan semua. Semua orang happy, semua boleh enjoy jalan-jalan tanpa stress.
Serius, ni antara cara paling santai dan fun untuk kenal Perth dari sudut yang lain.
Peddle PerthEmail: info@peddleperth.com
Website: www.peddleperth.com
Facebook: @PeddlePerth
Instagram: @PeddlePerth
3. Santai-Santai Di Kings Park
Tak lengkap trip ke Perth kalau korang tak singgah dan lepak kat Kings Park.Taman ni bukan calang-calang, Kings Park ni antara taman bandar paling besar dan tercantik di dunia!
Dengan keluasan lebih 400 hektar, dua pertiga kawasan ni masih hutan semulajadi yang terjaga, selebihnya taman lanskap moden dan kawasan rekreasi. Dekat sini, korang boleh jumpa lebih 3,000 spesies tumbuhan unik yang hanya ada di Western Australia.


Kalau korang jenis suka pemandangan, view dari Kings Park memang tak mengecewakan. Korang boleh nampak Sungai Swan dan Canning yang membiru, bandar Perth dari atas, dan kalau cuaca cerah, Darling Ranges yang terbentang di kejauhan pun jelas kelihatan.
Nak lebih aktif? Jalan-jalan ikut trail yang disediakan pun best, ada laluan yang lalu bawah pokok besar, taman bunga, dan sudut-sudut foto yang Insta-worthy.
Atau, kalau korang jenis nak chill je, bentang tikar, bawa bekal, dan picnic santai tengah taman. Serius, moment macam ni yang buat kita rasa tenang betul.
Untuk yang bawa anak-anak, jangan risau, taman ni ada juga kawasan permainan kanak-kanak yang luas dan selamat. Budak-budak confirm seronok main, dan korang pun boleh rehat sambil tengok anak happy.


Dekat taman ni juga ada guided walk percuma setiap hari!
Kalau korang nak tahu sejarah, cerita menarik atau tumbuhan unik kat sini, boleh join tour tu dengan guideyang memang passionate gila pasal Kings Park.
Serius, ni spot wajib kalau korang nak rasa damai dan nikmati nature, betul-betul kat tengah bandar.
4. Snorkeling & Melawat Terumbu Karang Di Coral Bay
Dah puas pusing bandar? Jom kita turun laut pula!
Dari Perth, korang boleh ambil flight domestik ke Exmouth, kemudian teruskan perjalanan ke Coral Bay, salah satu kawasan pantai yang memang terkenal dengan air jernih dan terumbu karang yang sangat cantik.

Dekat Coral Bay ni, banyak gila aktiviti laut yang korang boleh cuba dari snorkeling, kayaking, sampai la ke memancing. Sesuai untuk semua jenis traveller, sama ada korang nak chill atau nak adventure sikit.
Kalau nak pengalaman yang best dan selesa, kami sangat recommend korang join trip dengan Ningaloo Coral Bay Boats. Diaorang ada bot khas yang ada bahagian bawah kaca, jadi korang boleh tengok terumbu karang dan ikan-ikan berwarna-warni tanpa perlu masuk air pun, perfect untuk yang nak rileks tapi still nak nikmati keindahan laut.
Tapi jangan risau, trip ni juga ada sesi snorkeling dekat beberapa spot eksklusif, yang memang hanya boat macam ni boleh bawa. Airnya jernih gila, dan korang boleh nampak coral, penyu, dan kadang-kadang ikan pari lalu dekat-dekat korang.


Tak ada gear snorkeling?
Kalau korang join trip dengan Ningaloo Coral Bay Boats, semua peralatan dah disediakan, dari snorkeling mask, fin, sampai la ke towel pun diaorang bagi. Korang tinggal bawa diri je!
Crew diaorang pun sangat mesra dan helpful. Sepanjang trip tu, dorang akan pastikan korang selesa, selamat dan sentiasa enjoy setiap moment.
Kalau korang rasa nak lari sekejap dari kesibukan bandar, Coral Bay memang salah satu destinasi terbaik yang korang boleh explore.
Coral Bay bukan sekadar pantai. Ia adalah satu pengalaman laut yang takkan korang lupakan.
Ningaloo Coral Bay BoatsWebsite: https://www.ningaloocoralbay.com/
Instagram: boatsningaloocoralbay
Facebook: NingalooCoralBayBoats
5. Sewa Quad Bike Dengan Coastal Adventure Tours
Dekat Coral Bay ni bukan setakat aktiviti laut je yang menarik, kalau korang nak cuba aktiviti yang lebih adventurous, boleh try sewa quad bike dengan Coastal Adventure Tours.
Serius, aktiviti ni memang best gila sebab korang akan ride atas laluan off-road sambil menikmati pemandangan pesisir pantai yang cantik. Angin kuat, pasir berterbangan, dan feeling bebas tu memang buat kita rasa macam tengah dalam filem action, tapi versi chill!


Sepanjang laluan, korang akan dibawa teroka kawasan yang jarang orang jejak, penuh dengan landskap semula jadi, pasir putih, dan laut biru terbentang luas.
Untuk kepuasan maksimum, kami paling recommend buat aktiviti ni adalah waktu petang, sebab korang boleh ride sambil tengok matahari terbenam.


Tak perlu risau kalau tak pernah bawa quad bike, ia senang dikendalikan dan sesuai untuk semua tahap pengalaman.
Lagi best, akan ada guide yang sangat mesra dan akan pastikan korang sentiasa selesa serta selamat sepanjang ride. Cuma pastikan korang ada lesen motor, sebab itu salah satu syarat untuk join aktiviti ni.
Kalau korang nak aktiviti chill yang masih ada rasa adventure, inilah dia!
Coastal Adventure ToursWebsite: www.coralbaytours.com.au
Instagram: @coastaladventurescoralbay
Facebook: @coastaladventurescoralbay
6. Hiking Di Cape Range National Park & Snorkeling Di Turquoise Bay
Kalau korang jenis sukakan hiking sambil nikmati keindahan alam semula jadi, Cape Range National Park memang wajib masuk dalam itinerary korang.

Sepanjang hiking tu, korang akan disajikan dengan view yang menakjubkan seperti Mandu Mandu Gorge, Shothole Canyon dan Yardie Creek Gorge.
Bayangkan berjalan dalam celah tebing batu merah sambil dengar bunyi angin dan burung-burung, memang rasa dekat sangat dengan alam.
Kalau bernasib baik, korang boleh tersenampak pelbagai haiwan liar yang tinggal dalam kawasan taman ni macam kangaroo, emu, wallabies, dan macam-macam burung eksotik yang unik, kadang tu tak pernah tengok pun sebelum ni!



Lepas dah penat hiking, korang boleh terus terjun laut untuk snorkeling di Turquoise Bay, salah satu pantai tercantik dekat Western Australia.
Air dia jernih gila, dan warna dia memang turquoise, sebijik macam nama tempat ni! Dekat tepi pantai pun dah boleh nampak ikan berenang-renang dekat kaki korang, macam ajak kita join sekali.
Kalau nak pengalaman yang lebih syok, korang boleh snorkeling sambil terapung ikut arus. Sambil tu, korang boleh layan view coral yang cantik dan ikan-ikan berwarna-warni yang lalu dekat bawah korang.
Simple, chill, dan sangat memukau. Memang tempat healing terbaik lepas penat hiking dalam cuaca panas.
Semua ni macam terapi semula jadi yang sangat sesuai untuk recharge minda dan badan. Lepas penat explore dan snorkeling, korang boleh baring atas pasir halus, pejam mata, dan layan bunyi alam. Tak ada gangguan, tak ada stres, hanya korang, laut, dan langit biru terbentang luas.
Exmouth Adventure CoWebsite: www.exmouthadventureco.com.au
Facebook: @exmouthadventureco
Instagram: @exmouthadventureco
7. Berenang Dengan Whale Shark Di Ningaloo Reef
Kalau ada satu aktiviti paling epik dekat Western Australia, inilah dia! Berenang bersama whale shark di Ningaloo Reef!
Whale shark atau jerung paus di Exmouth, Western Australia memang antara tarikan alam semula jadi yang paling luar biasa dan unik di dunia. Aktiviti ini dikawal ketat oleh kerajaan Australia.



Hanya beberapa boat dibenarkan dan jarak dengan whale shark dipantau supaya tidak mengganggu haiwan ini. Ia juga dianggap eco-tourism terbaik sebab whale shark tak diberi makan untuk tarik perhatian. Kita hanya ikut pergerakan semula jadi mereka.
Apa yang istimewa tentang whale shark di Exmouth?
- Spesies terbesar, tapi jinak
- Walaupun saiznya gergasi, ia sangat jinak dan tak berbahaya kepada manusia. Ia makan plankton, bukan daging atau manusia
- Tak agresif, malah dia macam tak kisah pun kita ada kat situ. Jadi, boleh snorkeling dekat tapi selamat.
- Whale shark ialah ikan terbesar di dunia dan boleh cecah 12 meter panjang
Fun facts:
Setiap whale shark ada corak bintik-bintik unik pada badannya, sama macam cap jari manusia!
Penyelidik guna gambar corak ni untuk kenal pasti identiti setiap individu, jadi setiap kali korang berenang dengan whale shark, sebenarnya korang tengah jumpa "individu" yang berbeza!
Siapa tahu, mungkin korang akan berenang dengan yang pernah masuk National Geographic ke?



Bayangkan kau terapung dalam laut biru jernih… tiba-tiba seekor jerung paus 8–12 meter berenang dengan tenang di sebelah. Rasa macam masuk dokumentari National Geographic. Jantung laju tapi dalam masa yang sama rasa tenang dan kagum.
Kalau korang jenis suka laut, snorkeling, atau pengalaman sekali seumur hidup, aktiviti berenang dengan whale shark di Exmouth memang level luar biasa.
Hanya beberapa tempat di dunia boleh bagi pengalaman ni secara semula jadi iaitu tanpa umpan dan tanpa kurung haiwan. Exmouth antara yang paling dipercayai dan beretika.
Memang satu pengalaman yang takkan korang lupa sampai bila-bila!
Three Islands Whale Shark Dive
Website: www.whalesharkdive.com
Facebook: @ThreeIslandsWhaleSharkDive
Instagram: @whalesharkdive
Western Australia, Tempat Cipta Memori Terindah Seumur Hidup
Jadi, apa tunggu lagi?
Western Australia bukan setakat Perth je, ia adalah syurga untuk korang yang suka aktiviti luar biasa, dari udara, darat sampai ke dasar laut.
Bayangkan diri korang tengah terapung atas belon udara panas sambil tengok sunrise, lepas tu ronda-ronda bandar Perth naik beca atau naik quad bike sambil layan sunset dan akhirnya terjun ke laut biru jernih untuk snorkeling dengan ikan-ikan cantik, siap dapat berenang sebelah whale shark yang memang jarang gila nak jumpa!
Western Australia memang ada semua benda best dalam satu trip dan pengalaman ni tak sama macam tempat lain.
Ini bukan mimpi. Ini realiti. Jom, kita ke Western Australia!

Kalau selama ni asyik tengok orang lain travel, inilah masa korang pulak cipta pengalaman sendiri! Pack beg tu sekarang dan ajak geng kawan-kawan, keluarga tersayang, atau kalau korang jenis lone ranger, solo trippun boleh sangat!
Western Australia ada macam-macam benda menarik yang confirm akan buat korang rasa puas hati dari pemandangan indah, makanan sedap, sampai ke aktiviti rare.
Nak buat semua ni? Sekarang masa paling sesuai!
Guna je promo AirAsia yang tengah running sekarang ni, hanya masukkan kod AAPERTWA masa beli tiket. Boleh jimat bajet flight, jadi korang boleh lebihkan belanja untuk aktiviti yang best-best kat sana nanti.
Percayalah, Western Australia bukan sekadar tempat bercuti, tapi satu destinasi yang akan bagi korang memori seumur hidup.

Book sekarang, dan nikmati pengalaman yang takkan korang lupakan. Let's go, WA is calling!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

