Garnier Perkenalkan Game Show Terbaru Dibarisi Selebriti Malaysia & Singapura – “Belajar Sambil Berhibur!”
Jom layan Garnier Science Academy Show sekarang!
Cover image via Garnier Malaysia (YouTube)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Garnier Malaysia.
Garnier bawa pendidikan penjagaan kulit dengan cara yang baharu melalui rancangan Garnier Science Academy Show!
Kalau sebelum ini kita biasa tengok jenama skincare buat demo produk yang standard je, Garnier kali ini datang buat something yang lain daripada yang lain.
Jenama skincare yang tidak asing lagi ini menggabungkan pendidikan sains dan hiburan dalam satu rancangan dalam bentuk game show yang confirm boleh buat korang rasa nak layan sampai habis.
Dibarisi influencer dan selebriti lokal serta Singapura favourite korang
Siri Game show tiga episod ini bukanlah yang biasa-biasa sebab ramai line-up influencer dan selebriti kegemaran korang dari Malaysia juga dari Singapura.
Dengan Sean Lee sebagai hos, siri ini menampilkan barisan KOL terkenal seperti Nandini, Anda, Aedy Ashraf, Scha Elliana, Sabrina dan Dr Aen.
Influencer kegemaran korang ini semuanya bakal 'masuk kelas' dalam Garnier Science Academy Show.

Antara segmen menarik yang korang tak boleh miss ialah segmen 'Torture Test'.
Dalam segmen ini korang akan dapat ilmu daripada pelbagai eksperimen yang boleh bantu korang faham sains di sebalik produk penjagaan kulit yang pelbagai.
Kenapa Scha letak Iodin dekat atas roti? Ha, kalau korang nak tahu kena check it out dekat SINI!

Belajar sambil berhibur, confirm tak bosan punya!
Jangan risau, ini bukanlah kelas yang bosan sampai boleh buat korang tertidur kat belakang.
Barisan KOL ini akan sertai macam-macam cabaran yang fun, kuiz interaktif dan pelbagai lagi sesi sambil belajar tentang skincare yang happening.
Daripada buat demo produk yang cliche, Garnier bawa konsep 'classroom-meets-entertainment' di mana korang dapat belajar tentang sains di sebalik skincare melalui permainan, borak antara influencers dan pelbagai eksperimen yang menarik.
Tambah lagi dengan perseteruan antara Malaysia dan Singapura, memang lagi happening jadinya! Korang akan nampak personaliti dari dua negara ini, macam mana diorang berinteraksi, bergurau, dan berlawan antara satu sama lain.
Macam dalam game Burst of Knowledge ini, korang akan dapat tengok macam mana chaosnya para KOL ini bila salah jawab soalan.
Nak tahu siapa yang survive dan boleh jawab semua soalan, korang boleh tengok episod kedua dekat SINI!

Aedy Ashraf pun tak terlepas kena denda!
Dalam siri ini, game yang akan dimainkan oleh para KOL confirm boleh buat korang dekah dengan perangai masing-masing.
Kalau dah namanya game, confirm ada dendanya macam Aedy Ashraf kena ni, tapi kalau korang nak tahu kenapa kenalah layan episodnya dekat SINI!

Jadi alternatif dapatkan ilmu pasal sains di sebalik skincare
Jadi, kalau korang jenis renyah nak buat research pasal skincare yang sesuai untuk digunakan, game show ini memang untuk korang.
Ini juga bukan lagi tentang demo dan jual produk tetapi pendidikan sains yang dibawa dalam bentuk game show yang entertain dan educate.
Memang sesuai untuk student dan golongan muda yang sememangnya banyak menggunakan skincare dalam kehidupan seharian.
Jom layan siri Garnier Science Academy Show di YouTube Garnier Malaysia sekarang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


