Gardenia Edar 138,500 Buku Roti & Beri Dana Raya Buat 50 Keluarga Asnaf Sempena Ramadan
Program Cahaya Ramadan kini memasuki tahun keenam pelaksanaannya sejak tahun 2021.
Cover image via Gardenia Bakeries KL Sdn BhdFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Memegang teguh prinsip keramat "Sentiasa Bersamamu", Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. kembali menyemarakkan bulan mulia ini menerusi Program Cahaya Ramadan 2026
Inisiatif yang kini memasuki tahun keenam penganjurannya memfokuskan kepada pengagihan produk secara besar-besaran dan bantuan kewangan langsung kepada golongan memerlukan.
Sejak dimulakan pada 2021 hingga kini, Gardenia telah berjaya mengedarkan sebanyak 138,500 buku roti menerusi pelbagai aktiviti komuniti. Untuk tahun ini sahaja, sebanyak 30,000 buku roti Gardenia Original Classic diagihkan kepada jemaah di 20 buah masjid terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, lengkap dengan sampul raya edisi terhad.
Menerusi kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Gardenia melaksanakan sub-program "Sehari Bersama Gardenia". Program ini melibatkan penyaluran dana berjumlah RM25,000 kepada 50 keluarga asnaf bagi membolehkan mereka memilih sendiri kelengkapan Aidilfitri mengikut cita rasa masing-masing.
Menteri KPWKM, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, memuji langkah proaktif pihak korporat seperti Gardenia yang tampil berganding bahu dengan kerajaan.
"Sesungguhnya keprihatinan seperti inilah yang kita harapkan agar kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara menerusi sinergi sektor awam dan swasta," ujar beliau.

Memberi bukan sekadar bermusim
Pada 11 Mac lalu, suasana di Mydin Subang Jaya bertukar hiba dan gembira apabila setiap keluarga asnaf diiringi oleh sukarelawan untuk membeli-belah dalam suasana yang selesa dan teratur. Inisiatif ini bertujuan memberi autonomi kepada ketua keluarga untuk menyediakan persiapan raya yang terbaik buat anak-anak.
Keraian tersebut diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa di ISTAC IIUM, di mana pihak Gardenia turut menyampaikan sumbangan duit raya bagi menambah keceriaan menjelang Syawal.
Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Ena Suhaila Abas, menegaskan bahawa budaya memberi adalah teras kepada identiti syarikat tersebut.
"Di Gardenia, semangat memberi bukan bermusim. Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban, mencipta detik bermakna, dan menyatukan masyarakat dalam semangat kasih sayang," kata beliau.
Melalui Program Cahaya Ramadan, Gardenia terus membuktikan bahawa jenama ikonik ini bukan sekadar pengeluar roti, malah merupakan sahabat setia yang sentiasa ada buat komuniti ketika diperlukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



