Gardenia Ceriakan Hari Pertama Persekolahan 2026, Edar Lebih 1,300 Pek Snek Squiggles

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu menyaksikan pasukan Gardenia menyantuni murid-murid di pintu masuk sekolah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gardenia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari pertama persekolahan bagi sesi 2026 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1 (SKBSD 1) berlangsung meriah apabila syarikat roti terkemuka, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., hadir membawa kejutan buat para pelajar

Menerusi jenama Gardenia Squiggles, sebanyak lebih 1,300 pek roti roll diedarkan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam usaha mencipta kenangan manis serta membina semangat positif bagi memulakan kalendar akademik tahun ini.

Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Ena Suhaila Abas, menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk meredakan rasa gementar yang sering dialami murid, terutamanya murid Tahun 1 yang baru melangkah ke alam sekolah rendah.

"Suasana hari pertama sekolah selalunya penuh debaran, bukan sahaja bagi murid tetapi juga ibu bapa. Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan melalui snek Squiggles yang lazat. Dengan perisa Funky Strawberry dan Choco Malto, kami berharap dapat menyuntik keceriaan kepada mereka," kata beliau.

SAYS.com
Image via Gardenia

Pelbagai aktiviti diadakan dan penghargaan buat 10 murid terawal

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu menyaksikan pasukan Gardenia menyantuni murid-murid di pintu masuk sekolah. Sebagai tanda galakan disiplin, 10 orang murid terawal yang tiba di sekolah telah menerima hadiah khas daripada pihak Gardenia.

Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan murid, malah turut mendapat maklum balas positif daripada warga sekolah termasuk guru dan ibu bapa yang menghargai keprihatinan syarikat tersebut terhadap komuniti.

SAYS.com
Image via Gardenia

Keriangan diteruskan semasa perhimpunan sekolah melalui sesi interaksi ringkas dan aktiviti kuiz. Murid-murid dilihat sangat teruja dan berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi memenangi hadiah menarik. Selain bersifat hiburan, sesi ini juga secara tidak langsung mendidik murid mengenai pilihan snek yang menyeronokkan untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Gardenia berhasrat untuk memperluaskan inisiatif seumpama ini ke lebih banyak sekolah pada masa hadapan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang syarikat dalam menyokong persekitaran pembelajaran yang positif serta menyemai motivasi kecemerlangan dalam kalangan anak-anak di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: