“Kami Sokong G25 Sepenuhnya” – 48 NGO Laung Solidariti Terhadap Datuk Noor Farida

Selepas dikecam teruk dan menerima ancaman seksual, 48 NGO bangkit pertahankan Datuk Noor Farida dan G25.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Mungkin ramai dah tahu, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin sebelum ini menentang hukuman berkhalwat jika dilakukan di rumah yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang

Gambar sekadar hiasan.

Image via lantakhangpala.blogspot.my

Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan netizen di laman sosial. Masing masing menganggap fahaman Datuk Noor Farida terlalu liberal sehingga mencemarkan kesucian agama Islam.

Oleh sebab mengeluarkan kenyataan sebegitu, polis mengesahkan Noor Farida sedang disiasat kerana menghasut

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

Image via www.thestar.com.my

Susulan daripada itu, 48 kumpulan sivil menyatakan solidariti kepada Noor Farida yang kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Selain itu, Noor Farida juga dikatakan berdepan ancaman seksual baru-baru ini.

Noor Farida merupakan anggota G25 kedua disiasat di bawah Akta Hasutan.

Image via www.themalaymailonline.com

Menurut PoAM lagi, G25 tidak boleh diharamkan kerana memainkan peranan penting kepada kerajaan mengenai pelbagai isu tadbir urus yang kritikal dan penting bagi mengekalkan cara hidup demokrasi Malaysia

Kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) berkata, sangat "memalukan" apabila polis lebih berminat untuk menyiasat kenyataan Noor Farida, berbanding ugutan rogol yang diterimanya dari pengguna Facebook

Penyelaras Kempen Lawyers for Liberty Michelle Yesudas (dua dari kiri) berkata, tindakan polis menyiasat Datuk Noor Farida Ariffin berbanding bertindak ke atas lelaki yang mengancam beliau sebagai sangat 'memalukan'.

Image via www.themalaysianinsider.com

"Saya tidak faham mengapa gesaan untuk semak semula undang-undang syariah perlu disiasat di bawah Akta Hasutan," soal Noor Farida.

Sementara itu, bagi sesiapa yang terkeliru dengan keterangan yang dikeluarkan oleh Dr Maza tempoh hari, sila tonton video di bawah bagi mendapatkan gambaran lebih jelas:

Bagi yang terlepas cerita penuh berhubung isu ini, boleh baca DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: