Gamuda Gardens Perkenalkan 'The Clove', Konsep Kediaman Baharu Yang Pertama Di Malaysia

Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri The Clove Park Homes pada 26 & 27 April ini sempena pelancaran kediaman terbaru dari Gamuda Gardens.

Cover ImageCover image via Gamuda Gardens

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap daripada kita pasti ada sebuah impian untuk memiliki kediaman yang terbaik buat seisi keluarga bukan?

Bukan sahaja untuk menjadi tempat tinggal, kediaman yang terbaik pasti memiliki pelbagai ciri yang dapat memastikan keselesaan buat penghuni.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai keluarga yang ramai, sudah pasti kediaman yang terbaik mempunyai ruang yang selesa untuk ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai seperti menyambut perayaan bersama-sama.

Kini, Gamuda Gardens ada jawapannya buat mereka yang tercari-cari kediaman dan menginginkan ciri-ciri tersebut.

Gamuda Gardens kini hadir dengan The Clove, sebuah reka bentuk kediaman baharu sesuai untuk gaya hidup keluarga moden masa kini

Gamuda Gardens kini hadir dengan sebuah reka bentuk kediaman baharu yang pertama di Malaysia dengan 8 unit bagi setiap kelompok berbanding reka bentuk kediaman teres yang biasa dapat kita lihat.

Jom tengok apa ciri-ciri unik yang akan anda dapat apabila memiliki kediaman The Clove:

1. Taman persendirian yang luas untuk setiap unit

Image via Gamuda Gardens

Dengan memiliki kediaman The Clove, anda kini memiliki taman persendirian. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti seperti berkebun dan menanam pokok bunga, ruang ini sememangnya sesuai untuk anda.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjadi tempat privasi untuk melakukan aktiviti luar seisi keluarga di samping mempunyai sambungan terus ke ruang laman di bahagian luar rumah.

2. Ruang laman bebas kenderaan

Image via Gamuda Gardens

Eksklusif hanya untuk setiap kediaman dalam kelompok 8 unit ini, penghuni dapat mengakses mengakses dari laman peribadi ke ruang laman yang luas sesuai untuk berjalan santai pada waktu petang dan beriadah bersama keluarga dan jiran.

Dengan keluasan seluas 100 kaki persegi, ruang bebas kereta ini dapat diakses dengan mudah disebabkan ia terletak hanya di bahagian luar tepi kediaman ini.

3. Sambungan ruang dalaman-luaran yang lancar

Image via Gamuda Gardens

Kediaman The Clove ini turut dilengkapi dengan reka bentuk biophilic yang berpaksikan alam semula jadi.

Ciri istimewa ini dapat memberikan penghuni lebih sumber pengcahayaan semula jadi dan meningkatkan kualiti pengaliran udara untuk kualiti hidup yang lebih baik.

4. 'Layout' yang boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut cita rasa

Image via Gamuda Gardens

Ciri ini mampu memberi ruang buat pemilik kediaman untuk mengubah reka bentuk ruang dalaman mengikut kreativiti dan idea mereka sendiri.

Sama ada anda mahu membuat bilik untuk ibu bapa, ruang rekreasi, bilik pejabat mahupun ruang untuk solat berjemaah, semuanya boleh!

Setelah memilih unit pilihan anda, anda boleh terus memilih untuk membuat pengubahsuaian mengikut cita rasa anda. Ini bermakna tiada lagi pengubahsuaian perlu dilakukan selepas kediaman dibina sepenuhnya.

5. Reka bentuk yang inovatif

Image via Gamuda Gardens

Dengan reka bentuk kediaman 8 unit bagi setiap kelompok, anda akan menikmati gabungan ciri keselamatan dan privasi yang tak pernah ada sebelum ini.

Ditambah lagi dengan kemudahan untuk mengakses ruang 'hijau', ciri ini sesuai bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti luar tanpa perlu pergi jauh.

Gamuda Gardens akan mengadakan sesi pelancaran The Clove Park Homes pada 26 dan 27 April ini

Bagi anda yang berminat untuk melihat sendiri unit kediaman terbaharu daripada Gamuda Gardens ini, anda boleh hadir ke pelancaran utama The Clove pada 26 dan 27 April ini bermula jam 3 petang hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik turut menanti pengunjung antaranya pelbagai jualan Bazaar disediakan, pertunjukkan live band sepanjang hari, Clover Lucky Treasure Hunt*, Bengkel LED Bobo Balloon*, kraf potret keluarga* dan tarikan utama pertunjukkan dan peluang menaiki belon udara panas* (tempat adalah terhad! Pendaftaran bermula jam 3 petang – siapa cepat, dia dapat! Tertakluk kepada terma dan syarat).

Daftar sekarang di SINI atau scan sahaja kod QR di bawah.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, tawaran adalah terhad

Image via Gamuda Gardens

*Tertakluk kepada terma dan syarat, tawaran adalah terhad

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Clove Gamuda Gardens tekan sahaja di SINI

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS