Gambar Sekolah Jadi Bahan Tak Senonoh, Mekyun Berjaya Lenyapkan Group FB Pedofilia
Memang menjijikkan!
Cover image via @mekyunn (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular di media sosial selepas netizen mendedahkan kewujudan satu group Facebook yang sangat meragukan dan menjijikkan
Difahamkan, group tersebut dipercayai terdiri daripada lelaki dalam pelbagai peringkat usia yang berkongsi gambar gadis bawah umur sebagai bahan perbualan.
Lebih membimbangkan, ada yang mendakwa ahli group itu kerap meninggalkan komen berunsur lucah setiap kali gambar pelajar sekolah dimuat naik.
Susulan daripada pendedahan ini, netizen tampil mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera untuk mengambil tindakan tegas untuk menutup group berkenaan.
Image via @hrfuturesnq (X)
Pempengaruh terkenal, Mekyun turut menjadi mangsa
Sementara itu, pempengaruh media sosial, Mekyun turut meluahkan rasa kecewa dan marah selepas mengetahui gambarnya ketika zaman sekolah telah dimuat naik dalam sebuah group Facebook itu tanpa sebarang kebenaran.
Menerusi video yang dikongsi di Instagram, Mekyun menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampau dan tidak senohoh.
"Hari ni ramai sangat yang DM beritahu gambar lama saya masa sekolah digunakan dalam satu group Facebook. Apa yang lebih menjijikkan, ruangan komen penuh dengan benda-benda tak senonoh," katanya.
Mekyun turut menggesa agar pihak berkuasa, mengambil tindakan tegas bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penyalahgunaan gambar di situ.
"Ini bukan perkara main-main. Ia satu kesalahan dan jenayah," katanya.
Group Facebook tidak boleh diakses lagi
Bagaimanapun, group Facebook yang sebelum ini dikecam ramai itu kini didapati sudah tak boleh diakses lagi.
Mekyun juga meluahkan rasa bangga kepada semua yang menolongnya kerana berjaya melenyapkan group Facebook lebih 12 ribu pengikut itu dalam masa tak sampai satu hari.
"You all did something powerful with me. Thank you from the bottom of my heart.
"Masih banyak lagi group macam ni di luar sana, tapi ini bukti yang bila kita bersatu, kita boleh bawa perubahan.
"Mekyun dah buat semampu yang boleh sekarang harapan Mekyun, tindakan tegas dapat diambil dan keadilan ditegakkan.
"Untuk mangsa. Untuk anak-anak kita. Untuk masa depan yang lebih selamat," ujarnya.
Image via @mekyunn (Instagram)
Image via @mekyunn (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


