[GAMBAR] Kesan Ribut Dahsyat Dan Hujan Lebat Luar Biasa Yang Melanda Sabah

Hujan lebat turun tanpa henti sejak beberapa hari lalu.

Enlarge text
Logo

Sejak beberapa hari lalu, Sabah dilanda hujan lebat luar biasa dan ribut kuat yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda awam dan alam sekitar

Beberapa kawasan termasuk Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, dan Tuaran dilaporkan mengalami kemusnahan teruk seperti banjir kilat, tanah runtuh, pokok tumbang, dan bumbung tercabut.

Selain itu, MetMalaysia dalam kenyataan media menyatakan lokasi lain yang mengalami hujan lebat berisiko tinggi menyebabkan banjir adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Sabah), Labuan dan Limbang, Sarawak.

Amaran cuaca buruk kategori kuning telah dikeluarkan di kawasan berkenaan.

Image via Azizul Julirn

Deretan gerai sayur dan buah Kundasang

Posted by Azizul Julirn on Tuesday, October 17, 2017

Kota Belud adalah kawasan yang paling teruk terjejas apabila terputus hubungan akibat tanah runtuh termasuk terputus bekalan elektrik

Image via Facebook

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah (JBPM) melaporkan pihaknya merekodkan 110 kes pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kencang yang melanda sejak Isnin lepas.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau banjir kilat dilaporkan.

Sebanyak sembilan buah kampung di Kota Belud Sabah masih dilanda banjir dan menjejaskan lebih seribu penduduk.

Jumlah itu melibatkan 102 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Tun Said selepas kediaman mereka dinaiki air.

Image via Sabahan Dot My

Lihat lebih banyak gambar di bawah:

Image via Sabah Dot My

Image via Membakut.net

Image via Membakut.net

Image via Membakut.net

Image via Membakut.net

Image via Facebook

Image via Facebook

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingat lagi 3 tahun lepas?

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: