[GAMBAR] Beribu Penyokong Malaysia Banjiri Stadium Shah Alam Beli Tiket ‘Final’ Bola Sepak
Ini kerana tiada jualan tiket secara 'online' dibuat.
Cover image via TwitterSokongan padu rakyat Malaysia terhadap perlawanan akhir Bola Sepak Sukan SEA esok betul-betul hebat apabila orang ramai kelihatan beratur panjang di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini
Image via BERNAMA
Orang ramai dikatakan beratur panjang sejak awal pagi tadi untuk membeli tiket perlawanan Malaysia menentang Thailand esok di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam.
Image via BERNAMA
Image via NST
Malah, dimaklumkan ada yang mula beratur sejak malam tadi di perkarangan stadium tersebut bagi mengelakkan daripada terlepas peluang membeli tiket untuk menonton perlawanan akhir esok
Ini disebabkan tiada jualan tiket secara online dibuat dan penyokong Malaysia harus membeli tiket di Stadium tersebut. Sebanyak 20 kaunter tiket telah dibuka pada jam 11 pagi tadi di pagar A dan pagar B, Stadium Shah Alam.
Manakala, buat penyokong pasukan Thailand pula, jualan tiket telah dibuka sejak jam 11 pagi tadi di Stadium Malawati, Shah Alam.
Bagaimanapun, hanya 5 keping tiket saja dibenarkan dijual dalam satu pembayaran. Ini bagi memastikan semua yang beratur dapat membeli tiket secara adil.
Menerusi pengumuman rasmi yang telah diumumkan oleh FAM, kuota tiket hanya 70,000 bagi penyokong Malaysia, manakala baki 10,000 tiket bagi penyokong Thailand.
Harga terkini tiket dewasa kekal RM21.20 termasuk GST bagi seorang dewasa manakala tiada lagi tiket kanak-kanak dijual.
Image via www.kualalumpur2017.com.my
Image via NST
Lihatlah keadaan di Stadium Shah Alam ketika ini. Memang penuh dibanjiri orang ramai!
Image via NST
Image via NST
Wajah gembira penyokong-penyokong Malaysia selepas membeli tiket perlawanan akhir MAS vs THA.
Image via Harian Metro


