Demi Abadikan Cinta Jarak Jauh, Pasangan Ini Hasilkan Seni Kolaj Yang Sangat ‘Impressive’
Macam mana nak buat ni?
Cover image via www.shinli-art.comPerkenalkan pasangan merpati dua sejoli dari Korea Selatan Li Seok dan Shin Danbi
Mereka berdua adalah pasangan yang bekerjasama dalam menyampaikan karya seni mereka setiap hari kepada orang ramai
Kerjasama mereka dicipta melalui minat mendalam Shin Danbi terhadap seni, digabungkan dengan teknik media profesional Li Seok bagi menghasilkan seni moden era baru. Hasil seni mereka disampaikan menerusi medium seni eksklusif yang diberi nama [**ShinLiArt**](https://www.instagram.com/shinliart/).
Image via www.shinli-art.com
Pasangan ini kini tinggal berjauhan dan menjalani long distance relationship di mana Shin Danbi bertugas di New York, USA, manakala Li Seok tinggal di Seoul, Korea Selatan
Bagi mana-mana pasangan sekalipun, pasti agak sukar untuk menjalinkan hubungan cinta apabila berada jauh antara satu sama lain. Betul tak?
Image via www.shinli-art.com
Tetapi, hubungan jarak jauh mereka berdua tidak disia-siakan begitu saja. Sebagai anak seni, mereka menghasilkan satu projek baru yang dipanggil 'Half&half' bagi menterjemah 'dua foto dengan situasi sama pada dua lokasi berbeza' dalam bentuk collage.
**'Half&half'** merupakan projek *collage* Shin Danbi dan Li Seok yang menggabungkan dua gambar di dua lokasi berbeza dengan tujuan berkongsi kehidupan seharian mereka.
Idea projek ini tercetus apabila kedua-dua mereka tertanya-tanya apakah yang boleh mereka wujudkan sementara tinggal berjauhan. Daripada mensia-siakan peluang dan masa, lebih baik menghasilkan sesuatu seni yang bermakna.
Image via Instagram @shinliart
Lebih menarik, kedua-dua gambar dalam setiap collage diambil pada waktu yang sama, dengan perbezaan zon waktu selama 14 jam
Image via Instagram @shinliart
Gambar-gambar yang diambil merangkumi pelbagai tema. Antaranya gambar kedua-dua mereka di hadapan sebuah landmark yang seakan serupa…
Image via www.shinli-art.com
Image via www.shinli-art.com
…gambar food & beverages…
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
…gambar pemandangan…
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
…dan gambar benda-benda random lain termasuk jamban, mentol, plug dan macam-macam lagi.
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
Image via Instagram @shinliart
Kreatif kan? Kami rasa pasangan ini layak diberi standing ovation di atas penghasilan mutu gambar yang sangat superb!
Maklumat lanjut:
**Shinliart** di [Instagram](https://www.instagram.com/shinliart/) dan [Facebook](https://www.facebook.com/shinliart/timeline).
Kunjungi laman web [www.shinli-art.com](http://www.shinli-art.com/#!artwork/c199t) untuk pelbagai lagi karya seni moden era baru Li Seok dan Shin Danbi.

