[GAMBAR] Berakhir Pahit Manis Selama 84 Hari Laksana Tugas. Terima Kasih, Frontliners!
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya oleh polis dan ATM untuk Covid-19, pihak JSPT tetap menjalankan rondaan dan pemantauan sepanjang lebuh raya bagi memastikan aliran trafik pergerakan rakyat lancar dan SOP dipatuhi.
Cover image via GoogleUmum sedia maklum, tepat jam 12 malam tadi, barisan hadapan yang terdiri daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkata Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengakhiri tugas mereka setelah 84 hari berhujan panas
Image via Facebook
Image via Facebook
Cabaran yang mereka lalui dalam usaha bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sekatan jalan raya juga telah mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa-1 dan kemudiannya diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Malaysia.
Setelah hampir 3 bulan berhujan panas demi melaksanakan tugas, semalam merupakan hari terakhir petugas barisan hadapan berkhidmat dalam melaksanakan sekatan jalan raya bagi memutuskan rantaian pandemik ini
Di bawah merupakan beberapa gambar yang dikongsikan oleh Malaysia Gazette menceritakan suasana di Plaza Tol Gombak, Kuala Lumpur ketika barisan hadapan menurunkan khemah-khemah dan mula mengutip kon-kon sekatan jalan raya.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarjan Mohd Amru Abd Razak mengucapkan selamat bertugas kepada Inspektor Operasi Lebuhraya Zon Timur Satu Jabatan Siasatan dan Pengutkuasaan Trafik Bukit Aman, Inspektor Mohamad Razali Abd Razak.
Image via Afiq Razali for Malaysia Gazette
Image via Afiq Razali for Malaysia Gazette
Image via Afiq Razali for Malaysia Gazette
Image via Afiq Razali for Malaysia Gazette
Malah, menurut laporan, pengguna lebuh raya pada ketika itu juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan 'terima kasih' kepada barisan hadapan dengan menunjukkan tanda bagus dan juga bersorak sambil memberikan tabik hormat serta melaungkan "You guys are our hero forever in saving our lives sepanjang PKP!"
Dia juga turut menjelaskan bagaimana situasi di mana mereka bersahur dan berpuasa bersama ketika mengharungi hujan, ribut dan petir sehingga khemah mereka terbang akibat angin terlalu kuat
Image via Facebook
Image via Facebook
Namun, pihak barisan hadapan langsung tidak berganjak dari tugas yang diberikan oleh pihak kerajaan demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan juga telah menyelamatkan ribuan nyawa di Malaysia.
Terbaik, frontliners!
Tidak terbalas segala jasa yang dicurahkan oleh semua petugas barisan hadapan. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka.
Amin YRA.
Image via Signature Market
Image via SAYS Seismik

