[GAMBAR] #PrayForTurkey: Kronologi Serangan Bom Di Turki Sejak 1982 Hingga 2016
Semoga semuanya kembali pulih.
Cover image via www.amerikaovozi.com7 Ogos 1982: Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa, Ankara
Kejadian letupan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboğa, Ankara, diikuti dengan pertempuran senjata yang menyebabkan **11 orang mati dan 63 mangsa tercedera**. Serangan itu didakwa dilakukan oleh Armenian Secret Army for the Liberation of Armenia (ASALA).
Image via www.hurriyetdailynews.com
6 September 1986: Neve Shalom, Istanbul
Satu pengeboman berani mati telah terjadi di rumah ibadat Neve Shalom di Istanbul. Pengeboman itu didakwa dilakukan oleh kumpulan **Jihad Islam** yang mana telah membunuh seramai **22 orang**.
Image via www.hurriyetdailynews.com
25 Disember 1991: Pasaraya "Çetinkaya", Istanbul
Bom dan bahan api telah dilempar di pasaraya "Çetinkaya", Istanbul oleh militan haram Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Kejadian itu menyebabkan **17 orang terbunuh dan 23 mangsa tercedera**.
Image via www.hurriyetdailynews.com
13 & 14 Mac 1999: Pusat beli-belah 'Mavi Çarşı' dan outlet 'Burger King, Istanbul
Image via www.hurriyetdailynews.com
Seramai **12 orang dilaporkan terkorban** dalam satu kejadian pengeboman di pusat membeli-belah 'Mavi Çarşı' *(the blue bazaar)*. Bom ketiga dijumpai di *outlet* 'Burger King' di bandar tersebut dan ia dilaporkan sempat dimatikan. Sekali lagi, serangan itu didakwa dilakukan oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) tetapi kumpulan militan ini menidakkan dakwaan tersebut.
15 & 20 November 2003: Dua bangunan British, Istanbul
Empat serangan bom kereta berani mati di Istanbul telah memusnahkan bangunan di sana iaitu Konsulat British dan cawangan bank multinasional British HSBC. Serangan ini menyebabkan **63 orang mati**, termasuk Konsul Jeneral British, Roger Short dan beratus-ratus mangsa tercedera. Serangan dikatakan dilakukan oleh Al-Qaeda dan kumpulan pelampau Turki yang dinamakan the Islamic Front of Raiders of the Great Orient.
Image via www.hurriyetdailynews.com
Image via BBC Indonesia
12 September 2006: Daerah Diyarbakir, selatan Turki
Seramai **10 orang termasuk 7 kanak-kanak** dilaporkan tercedera di dalam serangan bom besar-besaran di daerah Diyarbakır iaitu bandar terbesar di sebelah selatan Turki.
Image via www.hurriyetdailynews.com
27 Julai 2008: Pusat beli-belah di daerah Güngören, Istanbul
Dua letupan bom berlaku di Istanbul dan menyebabkan **17 orang mati dan 115 mangsa tercedera**. Letupan bom terjadi di jalan pusat membeli-belah di daerah Güngören. Serangan ini terjadi pada pukul 9:45 malam pada waktu tempatan. Pengeboman ini adalah serangan terhadap penduduk yang paling teruk setelah pengeboman yang berlaku pada tahun 2003.
Image via www.hurriyetdailynews.com
Image via assant-magazine.blogspot.my
11 Februari 2013: Zon penampan Cilvegözü, sempadan Syria
Dilaporkan **17 orang mati** apabila bas mini Syria meletup sejauh 40 meter sehingga ke zon penampan Cilvegözü sempadan dengan Syria di bandar Reyhanli, Turki.
Image via www.hurriyetdailynews.com
11 Mei 2013: Letupan bom di bandar Reyhanli, Turki
Sekali lagi, satu serangan bom kereta berkembar telah **membunuh 52 orang** di Reyhanli, Turki. Kumpulan pro-Damsyik dikatakan adalah dalang kepada kejadian letupan bom tersebut.
Image via www.amerikaovozi.com
20 Julai 2015: Satu serangan bom di daerah Suruç, Turki
Dilaporkan seramai **34 orang mati dan hampir 100 orang tercedera** di dalam satu serangan bom di daerah Suruç, Turki. Kerajaan Turki mendakwa Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) telah terlibat dalam serangan tersebut.
Image via www.hurriyetdailynews.com
10 Oktober 2015: Perhimpunan keamanan di Ankara, Turki
**103 orang terbunuh dan lebih 500 lagi cedera** dalam serangan bom berani mati yang mensasarkan orang ramai di perhimpunan keamanan di Ankara. Kerajaan Turki menyifatkan serangan itu adalah serangan yang paling dahsyat yang pernah terjadi di Turki.
Image via international.sindonews.com
12 Januari 2016: Sultanahmet, Istanbul
Sultanahmet, Istanbul pula digemparkan dengan letupan bom yang menyebabkan **10 warga asing terbunuh dan 15 mangsa cedera** dalam serangan berani mati oleh seorang pengebom kelahiran Arab.
Image via www.hurriyetdailynews.com
14 Mac 2016: Ankara, Turki
Image via www.straitstime.com
Sekurang-kurangnya **34 orang dilaporkan terbunuh manakala 125 lagi cedera** apabila seorang pengebom kereta bertindak meletupkan diri di tengah-tengah bandar raya ini. Sehingga kini tiada pihak yang mengakui sebagai dalang kejadian tersebut. Bagaimanapun, perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).


