Wanita M’sia Ini Jadi Watak Animasi Dengan Hanya Gunakan Tudung Dan Mekap. Memang WOW!
Betul-betul hebat! Enough said.
Cover image via Instagram @queenoflunaPernah anda bayangkan, bagaimana tudung dan mekap boleh disatukan dan mampu menjadikan anda kelihatan seperti watak animasi kesukaan anda?
Itulah yang dilakukan oleh wanita yang bernama **Saraswati** ini atau lebih dikenali sebagai **@queenofluna** di laman Instagram. Saraswati merupakan seorang *makeup artist*, malah juga merupakan warga tempatan. ***Yes,*** **orang Malaysia!**
Saat pertama kali kami melihat gambar-gambarnya di **Instagram**, kami berasa sangat kagum dengan bakat semulajadi yang ada padanya. Ok, rasanya tak perlu bercerita panjang, apa kata kita tengok hasil tangan hebat wanita ini.
1. Ariel the mermaid
2. Tinker Bell
3. Mulan
4. Jafar (Aladdin)
5. The Mad-Hatter (Alice in Wonderland)
6. Queen of Hearts (Alice in Wonderland)
7. Alice in Wonderland
8. Rogue & Gambit
9. Cruella de Vil
10. Sailor Moon
11. Captain America
12. Leela (Futurama)
13. Harley Quinn
14. Iron Man
15. Elsa (Frozen)
16. Maleficent
17. Naruto
18. Cat Woman
19. Neytiri (Avatar)
20. Belle (Beauty and the Beast)
Menariknya tentang wanita ini, dia hanya menggunakan tudung untuk menjelmakan pelbagai gaya rambut yang sememangnya nampak begitu realistik!
Nampak macam rambut tapi sebenarnya tudung. Serius kreatif!
Lebih hebat, laman web sosial terkemuka Buzzfeed turut memaparkan satu artikel mengenai Queen of Luna. Tak dinafikan, beliau memang layak mendapat pengiktirafan antarabangsa!
Image via www.buzzfeed.com
Apa pendapat anda? Kami rasa kreativiti sebegini memang jarang sekali ditemui dan kami percaya bukan mudah untuk menghasilkan gaya dan mekap tersebut. Queen of Luna memang layak dikenali di peringkat antarabangsa!
Dalam masa yang sama, dia juga kini mempunyai seramai lebih **29,000** *followers* di Instagram dengan hanya **305** *posts* sahaja.
Sebenarnya, banyak lagi watak animasi yang ditiru wanita ini. Jika anda rasa hasil tangannya sangat *amazing*, anda bolehlah ***follow*** Saraswati di akaun Instagram miliknya iaitu **[@queenofluna](https://www.instagram.com/queenofluna/)**.


