“Gaji RM11,000 Pun Tetap Pokai” – Warga Malaysia Kongsi Realiti Kerja Di Singapura
Perkara itu didedahkan di mana realiti harga sebenar yang perlu dibayar demi mengejar dolar Singapura.
Cover image via Roslan Rahman/AFP & Suhaimi Abdullah/NurPhoto/AFPFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selama bertahun-tahun, kekuatan dolar Singapura telah menjadi motivasi sesetengah rakyat Malaysia yang mahukan kehidupan lebih baik
Antara sebab utamanya adalah mereka dapat menjana wang dalam dolar Singapura di mana 1SGD meletakkan lebih daripada RM3 berbanding nilai wang Malaysia, mempercepatkan perjalanan mereka ke arah kewangan yang stabil.
Tetapi kisah-kisah peribadi yang kini menjadi tular dalam talian menceritakan kisah yang begitu berbeza, antaranya tentang keletihan, simpanan yang tidak menentu, menjadikan semakin ramai rakyat Malaysia mempersoalkan sama ada tindakan bekerja di Singapura itu masih berbaloi ataupun tidak.
Melalui tiga akaun yang berbeza, pekerja-pekerja warga Malaysia ini berkongsi bagaimana realiti sebenar di sebalik angka-angka tersebut, dan mengapa sesetengah individu memilih untuk berhenti.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Roslan Rahman/AFPSeorang wanita berkongsi telah membuat keputusan sukar untuk meninggalkan pekerjaannya di Singapura tanpa backup plan
Keputusannya itu juga dibawa bersama harapan untuk memulihkan kesihatan mentalnya sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur
Sebaliknya, dia mendapat kritikan daripada bapanya sendiri, yang memberitahunya bahawa dia 'berpindah dari negara Kelas Pertama kembali ke negara Kelas Ketiga'.
Perkara itu membuatnya terkejut. Dia mengutarakan percanggahan yang dihadapi ramai rakyat Malaysia, dilabelkan sebagai buruh kelas rendah apabila bekerja di luar negara, namun dinilai sebagai 'melangkah ke belakang' apabila memilih untuk kembali ke tanah air.
Andaian yang diterimanya, menurutnya adalah, jika anda mempunyai akses kepada mata wang Singapura, mengapa anda perlu tinggalkan negara itu?
Seorang lagi pekerja warga Malaysia berkongsi bahawa selepas tiga tahun di Singapura dengan pendapatan SGD3,500 (kira-kira RM11,000) sebulan, dia hanya memiliki jumlah simpanan kurang daripada RM10,000
Walaupun bekerja lebih masa, berjimat cermat dan mengamalkan kesederhanaan, pendapatannya cepat habis digunakan untuk sewa rumah, pengangkutan, perbelanjaan harian dan wang yang dihantar kembali kepada keluarga di Malaysia.
Kebimbangan terbesarnya bukan sahaja dari segi kewangan malah dari segi psikologi.
Pada usia 30 tahun, dia berkata kini sudah berasa tersekat, tidak dapat melihat masa depan yang cerah dan bergelut dengan simptom gemuruh dan insomnia.
Pengalamannya mengetengahkan isu yang semakin meningkat iaitu pendapatan dalam mata wang yang lebih kukuh tidak secara automatik diterjemahkan kepada kemajuan dalam kewangan.

Kisah ketiga, yang dikongsi secara meluas dalam talian, datang daripada seorang rakyat Malaysia yang baru-baru ini berhenti selepas lima tahun berulang-alik antara Johor Bahru dan Singapura
Rutin hariannya seperti tiada masa nutuk bertenang. Bangun sebelum matahari terbit, berdepan dengan kesesakan lalu lintas dan ketika beratur di imigresen, bekerja berjam-jam lamanya sebelum akhirnya pulang ke rumah hampir tengah malam.
Dia menganggarkan telah menghabiskan masa sehingga 18 jam sehari hanya untuk bekerja dan berulang-alik. Tidurnya pula secara purata adalah kurang daripada enam jam. Keletihan akhirnya memuncak dalam dirinya.
"Saya tidak gentar dengan kerja yang berat, tetapi saya lebih takut tidak cukup hidup lebih lama untuk berjumpa isteri dan anak-anak saya," katanya.
Kesedaran itu mendorongnya untuk meletak jawatan dan kembali ke Malaysia, di mana dia kini merancang untuk memulakan perniagaannya sendiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



