Gaji Fresh Graduate Sepatutnya Cecah RM7,000 Hingga RM8,000 – Bekas Gabenor Bank Negara

Perkara ini dapat dilihat melalui perbandingan antara unjuran gaji diterima graduan dengan gaji sebenar graduan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Strait Times & The Coverage
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata kadar gaji sebenar rakyat Malaysia telah menyusut tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun

Menerusi laporan Sinar Harian, kenyataan tersebut dikeluarkannya setelah beliau berpendapat gaji setaraf untuk graduan universiti pada masa kini sepatutnya mencecah RM7,000 hingga RM8,000 sebulan dengan mengambil kira kadar inflasi tahunan sebanyak lima peratus.

Hakikatnya, gaji permulaan graduan universiti pada hari ini hanya sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan berbanding nilai gaji permulaan sebanyak RM1,300 sebulan diterimanya pada tahun 1984.

"Itu bersamaan dengan kuasa beli sekitar RM300 hingga RM400 pada tahun 1980-an. Secara realiti, gaji kita sudah merosot sekurang-kurangnya tiga kali ganda.

"Jika sistem pendidikan dan struktur ekonomi negara tidak dirombak, anak-anak kita berkemungkinan terpaksa bekerja sebagai buruh berkemahiran rendah," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Talent Houz

Kebergantungan kepada pekerja asing menjadi antara faktor terjadinya perkara ini

Tambahnya, faktor kebergantungan terhadap warga asing telah menyebabkan kadar gaji tidak meningkat memandangkan kos pengambilan warga asing sebagai pekerja adalah lebih rendah.

"Kebanyakan pekerja asing yang diambil sejak beberapa dekad lalu berkemahiran rendah dan tidak berpengalaman, menjadikan kos pengambilan mereka lebih murah.

"Situasi terbabit memberi saingan terus kepada kumpulan berpendapatan rendah (B40) memandangkan gaji mereka tidak meningkat," ujarnya.

Jumlah tenaga kerja negara adalah seramai 16.78 juta orang dengan 14 peratus atau 2.37 juta orang terdiri daripada pekerja asing setakat Disember tahun lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: