Gaji Ahli Parlimen Cecah RM30,000 Hingga RM40,000 Sebulan – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Difahamkan, jumlah itu berikutan seorang Ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar Elaun Tetap sebanyak RM25,700 sebulan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Parlimen Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah pendapatan Ahli Parlimen di negara ini mampu mencecah antara RM30,000 hingga RM40,000 sebulan

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Menerusi kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, jumlah itu berikutan seorang Ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar Elaun Tetap sebanyak RM25,700 sebulan.

Mereka juga layak untuk menerima elaun serta tuntutan lain mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Parlimen Malaysia

Kenyataan itu bagi menepis Ahli Parlimen yang mempertikaikan pendapatan mereka

Hal itu dibangkitkan selepas Perdana Menteri menyinggung kenyataan sesetengah pihak terutamanya Ahli Parlimen sendiri yang mempertikaikan pendapatan mereka adalah sangat rendah sehingga terpaksa berhutang demi untuk menjalani kehidupan seharian.

Beliau juga turut menegaskan bahawa peruntukan bagi kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai pembangkang tetap disalurkan kepada rakyat tanpa mengira parti politik.

Bukan itu sahaja, banyak juga elaun lain yang mereka dapat.

Berikut adalah butiran elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperoleh:

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Dalam Negara:

  • Elaun Hadir Persidangan: RM400 sehari
  • Elaun Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) / Jawatankuasa Pilihan Khas: RM300 sehari (semasa Parlimen tidak bersidang)
  • Elaun Mesyuarat Ahli PAC: RM250 sehari (semasa Parlimen bersidang)
  • Elaun Mesyuarat Taklimat Rasmi: RM300 sehari
  • Elaun Hidup Harian: RM100 sehari (dibayar berdasarkan kehadiran ke Dewan atau perjalanan rasmi melebihi 32km)

Tuntutan Perjalanan: Memandu sendiri, menggunakan pengangkutan awam atau udara

  • Tuntutan Penginapan: Hotel, lojing dan dobi

Elaun dan Tuntutan Tugas Rasmi Luar Negara:

  • Elaun Makan: RM340 semalam
  • Elaun Hidup Harian: RM170 sehari

Tuntutan Penginapan:

  • Hotel dan dobi
  • Tuntutan Pengangkutan: Pengangkutan darat dan udara
  • Tuntutan Kerugian Pertukaran Mata Wang Asing

Tip: 25 peratus daripada elaun makan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: