Gadis Tiba-Tiba Ikut Sesuatu Di Pantai Masa Lepak Ramai-Ramai, Nampak Mak Memanggil Balik
Nasib baik kawan-kawan dia alert, kalau tak memang boleh hilang.
Cover image via @adrianafateeha (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video baru-baru ini memaparkan sekumpulan remaja cemas ketika salah seorang daripada mereka hampir hilang selepas ikut 'sesuatu' di pantai Port Dickson
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adrianafateeha, gadis tersebut menceritakan bagaimana dia boleh diganggu selepas mengikut 'budak kecil' dan 'ibunya'.
"Mula-mula saya dengar macam ada suara panggil nama saya tapi saya hanya nampak seorang budak kecil sorang-sorang melambai kat saya, saya pon lambai balik dekat dia tapi sebenarnya pelik kenapa dia sorang-sorang dekat tempat pondok gelap tu," katanya.
Image via @adrianafateeha (TikTok)
Image via @adrianafateeha (TikTok)
Dengar orang panggil lagi kali kedua, bila toleh belakang nampak mak
"Saya pun pandang ke arah sana dan mak saya seolah-olah panggil saya untuk balik. Tanpa berfikir saya ikut 'mak' saya dan tanpa disedari dah jalan jauh daripada kawan-kawan.
"Arah yang saya jalan tu tempat gelap yang langsung tak ada orang di situ, mula dari situ baru kawan-kawan datang tolong pegang saya untuk bawak semula.
"Sampai kat tempat kitaorang picnic tu, saya menangis kata mak saya dekat arah sana saya nak balik dan sebagainya, sedangkan kat situ tak ada orang langsung dan gelap," katanya lagi.
Image via @adrianafateeha (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


