Gadis Minta ChatGPT Buatkan Gambar Raya Versi Ghibli, Sekali Pakej Dapat Tips Kurus
ChatGPT pun pandai cari pasal, haha sabar ya sis!
Cover image via @mins_alove (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Raya tahun ini, ramai yang mengikut trend menggunakan gambar raya versi Ghibli iaitu dengan meminta tolong daripada ChatGPT
Aplikasi berteknologi maju seperti itu sememangnya membuatkan ramai kagum kerana ia boleh memuat naik gambar yang kita berikan hanya dalam masa beberapa saat sahaja.
Tidak terkecuali dengan seorang gadis ini yang mencuba nasib untuk melihat gambar rayanya versi Ghibli. Namun, pertolongannya itu dibalas dengan tips kurus oleh ChatGPT membuatkan ramai terhibur.
Image via @mins_alove (TikTok)
Minta buatkan gambar raya, sekali dapat tips kurus pula
Menerusi perbualan yang diambil daripada tangkap layar Min Khalisha, gadis tersebut memuat naik gambarnya di ChatGPT dan meminta aplikasi itu menukar ke Ghibli.
Tetapi, dia tidak berpuas hati dengan hasil yang diberi kerana bentuk badannya nampak gemuk. Apa yang menghiburkan adalah sebaik sahaja dia bertanya kepada ChatGPT mengapa gambar tersebut nampak gemuk, ia sempat memberikan tips kurus kepada gadis tersebut.
Namun, setelah dia meminta gambarnya versi kurus, aplikasi tersebut tetap memberikan versi yang lebih cantik.
Image via @mins_alove (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


