Gadis Melayu Dijaga Wanita Cina Sejak Bayi Kini Berjaya Di Menara Gading

Gadis itu menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di UTeM.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT & UTeM
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gadis yang pernah mendapat perhatian ramai melalui kisahnya dijaga ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan kini sudah tamat pengajian dalam Diploma Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Menerusi laporan Harian Metro, Rohana Abdullah, 25, merupakan salah seorang daripada 3,278 graduan universiti itu yang menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta ijazah doktor falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen UTeM Ke-21, kelmarin.

Rohana berkongsi rasa syukur dengan kejayaan menamatkan pengajian dan mengakui ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, 86, menjadi pendorong hingga berjaya mencapai tahap itu.

"Terima kasih tak terhingga kepadanya kerana membesarkan saya, tanpanya saya tak dapat kecapi impian. Dia (ibu) motivasi dan inspirasi untuk saya daripada dulu hingga kini," katanya.

Rohana turut menghargai peluang keemasan daripada UTeM menerusi program Anak Emas UTeM hingga berjaya menamatkan pengajian diplomanya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88.

SAYS.com
Image via UTeM

Program Anak Emas UTeM bantu pelajar cemerlang kurang berkemampuan

Menurut Rohana, program yang diterimanya itu sememangnya membantunya sepanjang pengajian diploma.

"Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UTeM, terutamanya kepada Tun Canselor dan Naib Canselor atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya melalui program ini.

"Terima kasih juga semua pensyarah, pegawai, staf dan pihak universiti yang komited urus hal ehwal saya sepanjang tempoh pengajian bermula 2022 hingga 2025.

"Program Anak Emas adalah inisiatif hebat ditonjolkan UTeM kerana ia benar-benar membantu meringankan beban mereka yang cemerlang dalam akademik tetapi berdepan kekangan kewangan serius ekoran keluarga tidak berkemampuan.

"Program ini terbukti berkesan bersama pakej tambahan bantuan suntikan semangat dan motivasi buat pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan perkara holistik kemenjadian mahasiswa," katanya yang kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian di UTeM.

Kisah Rohana yang dijaga ibu angkat berlainan agama dipanggil laoshi sejak berusia dua bulan mendapat perhatian pada Januari 2022 kerana Hoi Lan berusaha mengekalkan anak angkatnya itu dengan agama asal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: