Lagi Kisah Gadis Malaysia. Yang Ini Mengembara Ke Afghanistan Seorang Diri Pula
Antara pengalaman beliau seperti ditangkap tentera Afghanistan dan melihat orang mati ditembak di depan mata.
Cover image via yellowtuktuk.comSemua orang boleh menjadi pengembara kalau mereka mahu. Tetapi tidak semua orang ada keberanian untuk mengembara seorang diri ke tempat penuh peperangan dan pergolakan seorang diri, seperti gadis ini.
Image via Facebook Siti Noridah
Afghanistan dan wanita yang mengembara berseorangan bukanlah kombinasi yang baik. Ada risiko untuk diculik oleh puak Taliban. Namun begitu, pengalaman Siti Noridah di Afghanistan yang separa menakutkan tetapi sangat menarik ini memang wajar dikongsi.
Dari dulu lagi Siti Noridah yang berasal dari Johor suka aktiviti menjelajah dan exploring
Semasa masih menuntut di universiti, Siti sering memilih untuk tukar-tukar bas lokal sebanyak empat kali bila pulang ke kampung berbanding menaiki bas ekspress. Perjalanan pulang ke kampung yang sepatutnya mengambil masa tiga jam jika menaiki bas ekspress, berlarutan menjadi seharian.
Image via Facebook Siti Noridah
Atas kegilaannya mengembara, Siti Noridah memilih untuk backpacking seorang diri ke Afghanistan. Antara sebabnya, kerana dia tertarik dengan pemakaian burqa wanita di sana.
Image via yellowtuktuk.com
Menurut Siti Noridah, sukar mendekati wanita Afghanistan walaupun dia sedaya upaya berpakaian sama seperti mereka
Antara pengalaman menakutkan yang dialami oleh Siti Noridah ialah apabila dia ditangkap oleh tentera Afghanistan
Image via yellowtuktuk.com
Siti juga pernah lihat dengan mata kepalanya sendiri seorang penduduk tempatan mati ditembak di tengah jalan
Tetapi menurut Siti, senario itu biasa di Afghanistan, di mana nyawa manusia lebih murah dari harga barang jualan. Bersyukurlah, kita semua hidup dalam keadaan yang aman damai di bumi Malaysia.
Image via yellowtuktuk.com
Menurut Siti, di sebalik pergolakan yang tak sudah itu, negara Afghanistan sebenarnya sebuah negara yang indah. 80% daripada bumi tersebut terdiri dari gunung-ganang.
Penduduk Afghanistan pula ada integriti yang tinggi, cuma sayang…negara mereka bergolak. Menurut Siti dalam temuramah beliau dengan [Yellowtuktuk](http://yellowtuktuk.com/she-went-to-afghanistan-alone/), dia pernah sesat di Afghanistan di sebuah kawasan yang penuh bersalji, bersendirian dan cuma selimut merah sebagai peneman. Dengar sahaja dah menggigil, inikan pula mengalaminya sendiri.
Image via Facebook Siti Noridah
Pengalaman ini menguatkan lagi semangat Siti Noridah untuk terus mengembara, walaupun dia mengaku yang dia bukanlah pengembara yang berduit
Dia *hitchhike* (tumpang kereta orang) dan *couchsurfing* (tumpang rumah orang) ketika mengembara. Cara ini bukan saja menjimatkan, tetapi dalam masa yang sama dapat menyatukan pengembara dengan budaya masyarakat tempatan.
Image via yellowtuktuk.com

