Gadis ‘Chubby’ Ini Dihina Selepas Membuat Pengakuan Mempunyai Teman Lelaki

Apa, orang gemuk tak layak bercintakah?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Instagram
Logo

Kisahnya bermula begini. Perkenalkan, gadis ini namanya Arlina Arshad dan menggunakan nama @arlinabanana di Instagram.

Arlina merupakan seorang *Instagrammer* tegar dengan bilangan **followers** lebih 16,000 dan merupakan seorang pelajar bidang perubatan di Australia.

Arlina membuat pengakuan mempunyai teman lelaki bernama Hasif setelah menerima banyak komen mengatakan mereka mempunyai wajah yang seiras

Hasif, kanan. Seiras kan?

Image via Instagram @arlinabanana

Orang kata, muka seiras jodohnya kuat. Mungkin sebab itu, Arlina membuat pengakuan tersebut.

Tapi tidak berapa lama kemudian, akhirnya Arlina memohon maaf atas pengakuan palsu tersebut sedangkan dia dan Hasif cuma berkawan baik, tak lebih dari itu

Berdasarkan pemerhatian kami, berkemungkinan besar Hasif adalah kawan baik dan kawan lama kepada Arlina kerana terdapat banyak gambar Hasif dalam akaun Instagram gadis comel itu. Jadi mungkin kerana itu jika dia tak kisah bila Arlina membuat pengakuan tersebut.

Image via

Kisah Arlina ini menjadi sebutan apabila dia kongsikan respon menyedihkan yang diterimanya sepanjang berlakon menjadi kekasih lelaki itu di Instagram

Image via Ask.fm

Kami setuju dengan pendapat Arlina yang tak kisahlah rupa paras anda bagaimana, anda layak dicintai dan menyintai sesiapa pun dalam dunia ini

Kalau mereka bercinta betul-betul pun, apa salahnya?

Image via Instagram @hasifhyphenirfan

"Kenapa sesetengah manusia perlu kaitkan paras rupa dengan cinta? Cinta ni milik manusia yang sempurna saja ke? Hina sangat ke orang gemuk ni, sampai bila dia dicintai, orang terus meragui? Tak kisah lah kalau awak ni hodoh ke, dagu ada lima lapis, kaki tempang, muka berparut, kulit gelap dan segala macam kriteria yang *society* label sebagai buruk, *you still deserve to be loved.*" ujar Arlina dalam Instagram beliau.

Persoalan tentang fizikal Arlina tidak sepatutnya timbul sekiranya si tukang tanya faham tentang hidup dalam masyarakat yang menekankan sikap sopan santun

Lagipun bak kata Arlina, kalau Tuhan pun mampu mencintai anda, apa sangatlah cinta dari seorang manusia

Lagi-lagi pasal cinta. Kadang-kadang manis, kadang-kadang masam seperti cuka:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: