Kenapa Nak Kecam Saya? – Pemilik Foto Viral ‘Budak 90an Sila Mereput’ Jelaskan Hal Sebenar
Budak lahir 90an sila mereput.
Cover image via SAYSSejak kebelakangan ni, tak kiralah log in media sosial yang mana satu pun pasti anda akan ternampak tweet ini kan?
Image via Anak 90 an./Twitter
Satu *tweet* beserta sekeping gambar yang dikeluarkan oleh pengguna bernama **ImanNadieyaHassan** menjadi sangat viral apabila gambar tersebut menunjukkan sekumpulan remaja cantik belasan tahun *selfie* beramai-ramai. Apa yang menjadi tarikan netizen ialah wajah mereka tidak setanding dengan umur mereka. Mereka kelihatan bergaya dan seperti gadis berusia 20-an.
Biasalah bila benda dah jadi viral, jadi komen orang ramai pun semakin bertambah. Ramai orang terperanjat apabila mengetahui mereka berusia 16 tahun. Ada yang suka ada yang tak suka.
Lepas saja tersebar luas di Twitter, nampaknya makin ramai pula yang balas tweet tersebut dengan gambar seaakan-akan sama. Semuanya bernada sarcasm. Hahaha!
Image via Anak 90 an./Twitter
Image via Anak 90 an./Twitter
Image via Anak 90 an./Twitter
Dah nama pun media sosial kan? Sekejap sahaja gambar tersebut tersebar di Facebook. Jadi apa lagi makin ramai lah yang share.
Image via Aliff Channel/Facebook
Gambar tersebut telah dimuat naik oleh sebuah page bernama **Aliff Channel** dengan menggunakan *caption* yang sama.
Sehingga kini *post* tersebut telah menerima sebanyak lebih 9 ribu *shares* dan lebih 3 ribu komen. Macam-macam pendapat yang diutarakan netizen. Ada yang terperanjat, ada yang suka ada juga yang tidak berkenan dengan gambar tersebut.
Image via Aliff Channel/Facebook
Image via Aliff Channel/Facebook
Bagaimanapun, apa yang memeranjatkan pemilik foto tersebut, Zakirah Zainal, orang ramai tidak henti-henti memberi komen negatif kepadanya. Netizen juga menyangkakan beliau adalah pemilik akaun twitter tersebut.
Disebabkan sangkaan tersebut, beliau telah menerima banyak komen yang berbaur negatif. Ramai yang menganggap beliau sengaja *tweet* gambar beserta *caption* tersebut sebab merasakan mereka cantik.
Akhirnya, Zakirah Zainal menerusi akaun YouTube beliau menerangkan perkara sebenar. Katanya, gambar tersebut telah diambil selepas menjalani *photoshoo* jadi sudah tentu mereka mengenakan mekap yang tebal. Beliau memberi tahu hal tersebut kerana ramai yang mengecam mengenai mekapnya yang tebal. Menurutnya juga, pemilik akaun Twitter tersebut telah memohon maaf kepadanya.
Image via Zakirah Zainal/Facebook
Apa-apa pun kami doakan semoga Zakirah maju jaya dengan bidang yang beliau ceburi. Kami juga yakin pengguna Twitter tersebut pun hanya mengeluarkan tweet tersebut secara suka-suka tanpa niat yang tidak baik.
Tonton video penjelasan beliau di bawah:


