Gadis 22 Tahun Yang Ingin Pulihkan Dara Jadi Mangsa Rogol Bomoh Miang

Mangsa yang takut untuk berhadapan dengan bakal suami mendapatkan khidmat bomoh untuk kembalikan daranya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via sinarharian.com.my
Logo

Tindakan mahu mendapatkan rawatan mengembalikan dara yang hilang akhirnya menyebabkan seorang bakal pengantin dirogol seorang bomoh 'pulih dara'

Semasa perjumpaan, bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara iaitu dengan…

**1.** Menghantar video aksi ghairahnya kepada bomoh

**2.** Membenarkan bomoh menyentuh tubuhnya

**3.** Merelakan dirinya melakukan hubungan seks bersama bomoh

Wanita itu memilih cara yang pertama pada mulanya. Kemudian…

Difahamkan, wanita berkenaan memilih cara yang pertama lalu mengirimkan beberapa video kepada bomoh tersebut.

Bagaimanapun, dia kemudian memilih cara kedua memandangkan dia tidak mahu lagi mengaibkan dirinya dengan menghantar video-video aksi ghairahnya.

Ketika bertemu buat kali kedua, wanita itu beranggapan bahawa bomoh itu akan membantu mengembalikan daranya dengan menyentuh badannya. Sebaliknya…

Bomoh tersebut mengambil kesempatan dan terus merogol wanita itu di tempat perjumpaan mereka di sebuah pondok berdekatan Bukit Broga.

Kejadian dilapor berlaku pada 16 April lalu pada jam 7.20 malam.

Gambar sekadar hiasan.

Image via sinarharian.com.my

Wanita itu membuat laporan polis pada malam kejadian dan bomoh tersebut turut berjaya ditahan pada hari yang sama.

Apa komen orang ramai?

Majoriti mempersoal kenapa wanita itu terlalu naif sehingga sanggup pergi bertemu bomoh untuk kembalikan daranya. Rata-rata menganggap tindakan wanita itu bodoh dan tidak waras.

Namun begitu, tidak semua menyalahkan wanita tersebut. Jika dilihat kepada kes ini, bomoh itu yang sepatutnya dipersalahkan kerana melakukan jenayah rogol ke atas seorang gadis.

Bagaimana pula pendapat anda?

Bukan sahaja rogol, jenayah bunuh juga didapati semakin berleluasa dikalangan masyarakat. BACA SINI:

'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi hari ini!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: