Fourkay Gold Perkukuh Komitmen Syariah, Santuni Anak-Anak Yatim Yayakem Menjelang Syawal

Seramai 39 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (Yayakem) diraikan baru-baru ini.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat peneraju industri pembelian emas gadaian (surat pajak) patuh syariah pertama di Malaysia, Fourkay Gold, terus memperkasakan agenda tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan meraikan 39 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Kebajikan Murid Islam Semenyih (Yayakem) di Le Méridien Putrajaya, baru-baru ini

Program murni itu bertujuan meringankan beban serta menyuntik kegembiraan buat anak-anak tersebut dalam membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba menerusi sumbangan kelengkapan baju raya, pemberian duit raya, serta majlis berbuka puasa yang penuh ukhuwah.

Ketua Pegawai Eksekutif Fourkay Gold, Mohamad Sanusi Mohd Isa, menegaskan bahawa sebagai perintis syarikat pembelian emas gadaian yang memiliki Sijil Kepatuhan Syariah, pihaknya memikul amanah besar untuk memastikan kejayaan perniagaan diseimbangkan dengan nilai ihsan.

"CSR bukan sekadar inisiatif bermusim, tetapi sebahagian daripada falsafah korporat kami bahawa perniagaan yang berkat adalah perniagaan yang memberi manfaat. Kami mahu memastikan setiap kejayaan syarikat turut dirasai oleh komuniti yang memerlukan," jelas beliau.

SAYS.com
Image via Fourkay Gold

Catat perkembangan positif dan peningkatan jualan sejak tahun 2025

Dalam majlis yang sama, Ketua Pegawai Operasi Fourkay Gold, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus, berkongsi perkembangan positif syarikat yang mencatatkan peningkatan jualan dan jumlah pelanggan sebanyak 70 peratus sejak tahun 2025.

Antara perancangan strategik Fourkay Gold bagi tahun 2026 termasuk:

  • Perluasan Kerjasama: Menyasarkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pihak kerajaan dan koperasi pada suku ketiga tahun ini.
  • Sektor Perbankan: Sedang dalam peringkat perbincangan awal untuk menjalinkan kolaborasi strategik bersama beberapa institusi kewangan tempatan.
  • Pendidikan Pasaran: Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai industri pembelian emas gadaian yang telus dan patuh syariah.
SAYS.com
Image via Fourkay Gold

Timbalan YDP Yayakem, Datuk Mohd Alias Mat Saman, menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan barisan pengurusan muda Fourkay Gold yang memilih yayasan tersebut untuk berkongsi rezeki.

"Saya berbangga melihat barisan pengurusan muda yang berjaya namun tetap merendah diri menyantuni anak-anak yatim. Saya yakin asbab doa anak-anak ini, rezeki Fourkay Gold akan terus bertambah," katanya.

Sehingga kini, Fourkay Gold yang beroperasi di IOI Conezion Commercial, Putrajaya, telah membantu lebih 30,000 pelanggan di seluruh negara. Sebagai peneraju, syarikat ini menetapkan standard tinggi dalam aspek ketelusan harga, penilaian emas yang adil, serta tadbir urus korporat yang beretika selaras dengan tuntutan syarak.

Langkah ini membuktikan bahawa Fourkay Gold bukan sekadar sebuah entiti perniagaan, malah rakan kewangan yang dipercayai dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: