Formula Rahsia Skor A+ PTTI Tarik Perhatian 500 Orang Calon SPM Di Beluran, Sabah
Program ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dan Kelab Nuri Bank Rakyat.
Cover image via PTTIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
PTTI Group Sdn. Bhd., selaku pusat tuisyen yang paling banyak memperoleh A dalam SPM 2024 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam usaha memperkasakan calon SPM melalui Program Jelajah Skor A+ SPM yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran, Sabah baru-baru ini
Program ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Beluran dan Kelab Nuri Bank Rakyat.
Seramai 500 orang calon SPM daripada lima buah sekolah iaitu SMK Beluran II, SMK Balaban Jaya, SMK Pamol, SMK Simpangan dan SMK Terusan Sugut telah menyertai program ini.
Para peserta diberi pendedahan intensif bagi subjek Matematik dan Sejarah oleh tenaga pengajar PTTI yang terkenal dengan pendekatan mudah faham dan teknik menjawab soalan yang terbukti membantu murid mencapai gred A.
Program ini bukan sekadar mengukuhkan persediaan akademik murid, malah turut membuka peluang pembelajaran tentang literasi kewangan melalui sesi anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat. Slot ini menyahut seruan kerajaan dan Bank Negara Malaysia dalam usaha membina kesedaran tentang pengurusan kewangan yang bijak dalam kalangan generasi muda.

Dari kiri, Muhammad Faizul Abd Hamid (Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik), Race Monsopiad (Timbalan Naib Presiden Kanan Pemasaran), Muhammad Asyraf Khalid (Pengarah Usaha Sama), Muhd Habibunajjar Sazali (Ketua Pegawai Operasi), Siti Farhana Abu Osman (Ketua Pegawai Eksekutif), Yang Berhormat Syed Saddiq (Wakil Rakyat Muar), KH Razali Zaman (Pengurus Bank Rakyat Cawangan Likas mewakili Kelab Nuri Bank Rakyat) dan Sylvia Miting Pakoi (Pegawai SIC+ PPD Kudat dan wakil PPD Beluran.
Image via PTTIBagi memastikan peserta mendapat manfaat berpanjangan, PTTI turut menaja pembukaan akaun Kelab Nuri Bank Rakyat untuk semua murid yang hadir, selain memberikan modul pembelajaran percuma sebagai bahan rujukan menjelang peperiksaan
Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik, PTTI Group Sdn. Bhd., Dr. Muhammad Faizul berkata, "Kami percaya bahawa setiap murid, tanpa mengira tempat, berhak mendapat akses kepada teknik pembelajaran yang efektif. Program ini membawakan formula rahsia PTTI yang telah membantu ribuan murid di seluruh negara mencapai gred A. Kami mahu calon-calon SPM di Beluran melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakinnya."
Sokongan padu turut dizahirkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Dr. Nancy, "Kerjasama dengan PTTI ini amat berharga kerana program ini bukan sahaja melengkapkan murid dengan kemahiran akademik, malah pengetahuan kewangan yang akan membantu mereka selepas tamat persekolahan. Program seperti ini memberikan impak langsung kepada pencapaian murid di daerah Beluran."
Timbalan Presiden Deposit, Bank Rakyat, Puan Azilla Nasarudin berkongsi, "Kami percaya bahawa pendidikan akademik dan pengurusan kewangan harus berjalan seiring. Dengan membuka akaun Kelab Nuri Bank Rakyat untuk murid-murid ini, kami memberikan mereka permulaan yang baik untuk mengurus wang dengan bijaknya, di samping memupuk tabiat menabung sejak awal."
Dengan reputasi sebagai pusat tuisyen yang telah melahirkan ribuan murid cemerlang dalam peperiksaan SPM, PTTI membuktikan bahawa pendidikan berkualiti tidak terbatas pada lokasi, tetapi dapat diakses oleh semua demi masa depan generasi muda yang lebih cemerlang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



