Filem Pecah Panggung ‘Blood Brother: Bara Naga’ Bakal Ditayangkan Di Netflix Ogos Ini

Yang tak puas tengok seklali je kat wayang haritu, get ready!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Skop Productions & Netflix
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem pecah panggung tahun 2025, Blood Brothers: Bara Naga bakal menemui penonton di Netflix 10 Ogos ini

Menerusi laporan Malay Mail, pengarah bersama filem terbabit Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra berharap dengan tayangan di platform penstriman yang lebih meluas, lebih ramai penonton di seluruh dunia dapat 'membuka mata' terhadap karya filem aksi tempatan.

"Saya amat gembira kerana filem ini akhirnya ditayangkan di Netflix," kata Syafiq.

"Saya benar-benar berharap Blood Brothers: Bara Naga akan diterima baik oleh penonton dari seluruh dunia dan memberi peluang kepada penonton Malaysia yang terlepas menontonnya di pawagam.

"Dengan kru seramai 200 orang rakyat Malaysia, filem ini dihasilkan dengan penuh semangat dan kasih sayang sepanjang tempoh dua tahun, menjadikannya filem aksi paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2025," tambah Abhilash.

"Sebagai pengarah dan penulis filem ini, saya dan Syafiq amat teruja dan berasa amat berbesar hati untuk akhirnya berkongsi Blood Brothers: Bara Naga bersama penonton global di platform Netflix," katanya.

Menjadi antara watak utama di dalam filem tersebut, Sharnaaz Ahmad turut kongsi keterujaan

Membawa watak utama sebagai Ghaz, Sharnaaz Ahmad berkongsi rasa teruja dapat melihat karya tempatan akan dipertontonkan di platform global.

"Ia adalah satu penghormatan besar buat saya untuk menjadi sebahagian daripada filem ini.

"Saya berharap ia akan membawa keterujaan dan hiburan kepada penonton antarabangsa apabila mula ditayangkan di Netflix," ujarnya.

Blood Brothers menampilkan barisan pelakon ternama seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Wan Hanafi Su dan Zamarul Hisham.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: