Filem Blood Brothers: Bara Naga Hanya Untuk Tontonan 16 Tahun Ke Atas – Syafiq Yusof
Syafiq turut mengingatkan supaya penonton tidak merakam babak filem dan memuat naik ke dalam media sosial.
Cover image via Blood BrothersFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam kehangatan filem Blood Brothers yang sedang banyak diperkatakan, Syafiq Yusof tetap mengingatkan orang ramai bahawa filem tersebut hanyalah untuk tontonan 16 tahun ke atas sahaja
Menerusi perkongsiannya di X, Syafiq yang juga pengarah bagi filem terbabit memberi peringatan tersebut berkemungkinan susulan ramai penonton dalam kalangan ibu bapa membawa anak-anak ke kecil menonton filem itu.
"Perhatian kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Filem Blood Brothers hanyalah untuk tontonan 16 tahun ke atas sahaja.
"Di poster, di apps, di kiosk pawagam dan di tiket pun dah tertulis klasifikasi 16. Dan mohon jangan rakam video dan upload di TikTok," tulisnya.
Netizen minta pihak pawagam lebih cakna dalam peraturan klasifikasi berkenaan
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata pengguna X memberi balasan bersetuju dengan kenyataan Syafiq memandangkan filem tersebut mempunyai unsur-unsur yang sememangnya tidak sesuai untuk anak-anak kecil.
Ada antara mereka berkongsi pengalaman sendiri melihat ibu bapa membawa anak kecil masuk ke pawagam menonton filem berkenaan di samping meminta pihak pawagam lebih tegas dalam hal ini.
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


