FIFA Dedah Asal Usul Sebenar 7 Pemain Warisan Harimau Malaya

Beberapa sijil kelahiran datuk dan nenek pemain tidak sepadan dengan rekod rasmi negara asal masing-masing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FIFA & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan butiran penuh tujuh pemain warisan Harimau Malaya susulan wujud ketidakselarasan dalam dokumen asal pendaftaran pemain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Menerusi laporan "Notification of the Grounds of the Decision" oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA, hukuman yang dikenakan terhadap FAM dan tujuh orang pemain tersebut adalah berdasarkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA membabitkan isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.

Siasatan mendapati beberapa sijil kelahiran datuk dan nenek pemain yang dikemukakan oleh FAM tidak sepadan dengan rekod rasmi negara asal masing-masing.

Hasil semakan silang dengan pihak berkuasa pendaftaran awam luar negara menunjukkan individu yang dinamakan sebagai datuk atau nenek pemain-pemain terbabit tidak dilahirkan di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam dokumen diserahkan kepada FIFA.

FIFA menyenaraikan asal-usul sebenar keluarga tujuh pemain terbabit:

  • Nenek Gabriel Felipe Arrocha dilahirkan di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol.
  • Datuk Facundo Tomas Garces berasal dari Santa Fe de la Cruz, Argentina.
  • Datuk Rodrigo Julian Holgado dilahirkan di Buenos Aires, Argentina.
  • Nenek Imanol Javier Machuca berasal dari Roldan, Argentina.
  • Datuk Joao Vitor Brandao Figueiredo berasal dari Abre Campo, Brazil.
  • Datuk Jon Irazabal Iraurgui lahir di Viscaya, Sepanyol.
  • Datuk Hector Alejandro Hevel Serrano dilahirkan di The Hague, Belanda.
SAYS.com
Image via FIFA

Semua maklumat disahkan melalui semakan rasmi dan tiada bukti sahih menunjukkan kaitan langsung dengan Malaysia

Laporan berkenaan turut menyebut bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diterima, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.

Walaupun FAM dan pemain-pemain terbabit mendakwa semua dokumen diperoleh melalui saluran sah, FIFA menegaskan bahawa prinsip tanggungjawab mutlak terpakai, bermaksud kegagalan mengesahkan ketulenan dokumen tetap dikira sebagai kesalahan tatatertib, walaupun tanpa niat menipu.

Berikutan pelanggaran itu, FIFA mengenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,000) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak antarabangsa.

FAM diberi tempoh 30 hari untuk menjelaskan bayaran denda dan tiga hari untuk mengemukakan notis rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

SAYS.com
Image via FIFAImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: