Fida ‘Jungle Girl’ Taja Pelajar SMK Kuala Krau Ke Abu Dhabi, Hulur Bantuan Smart TV & RM100,000
Fida turut menaja kos perjalanan kumpulan murid pendidikan khas yang berpeluang menyertai program ke Abu Dhabi, UAE.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Fida atau lebih dikenali dengan nama TikTok Jungle Girl, tampil berkongsi mengenai sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 yang diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau di Temerloh, Pahang
Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Nur Rafidah Man, 27, difahamkan turut menghulurkan pemberian beberapa unit televisyen pintar (Smart TV) bersaiz 43 inci untuk kegunaan pelajar dan pihak sekolah.

Tidak hanya itu, beliau juga menyalurkan sumbangan khas kepada sekumpulan pelajar pendidikan khas dari sekolah sama yang bakal berangkat ke Abu Dhabi.
"Saya menaja budak-budak istimewa ini ke Abu Dhabi. Saya mungkin tak mampu menaja semua, tapi ada sedikit sumbangan yang saya hulurkan untuk mereka," katanya menerusi hantaran video baru-baru ini.
Bantuan yang disalurkan adalah hasil sokongan orang ramai yang tidak putus-putus membeli produk keluarannya sejak mula berniaga
"Semua ini hasil daripada orang ramai yang sokong produk saya dari dulu. Terima kasih sokong saya.
"Rezeki bukan hanya untuk dinikmati tapi untuk kita kongsi. Semoga jadi motivasi untuk semua," ujarnya.
Selain itu, Fida turut menyumbangkan sebuah Smart TV kepada sebuah sekolah sebagai tanda sokongan terhadap usaha pendidikan.
"Smart TV itu saya hadiahkan kepada sekolah. Ada juga sumbangan lain yang saya buat pagi tadi. Apa yang penting, ini ikhlas daripada saya untuk anak-anak istimewa ini," jelasnya.

Dalam pada itu, salah seorang guru di SMK Kuala Krau memberitahu sumbangan yang diterima Fida, pihaknya berjaya membuat pembelian Smart TV sebanyak 31 buah untuk semua kelas di sekolah.
Malah, pihaknya turut dapat membeli peralatan teknikal tambahan untuk Studio Multimedia seperti kamera dan juga drone.
Sebagai rekod, Fida pernah tular di media sosial dan mendapat jolokan 'Jungle Girl' selepas kerap muncul di For You Page (FYP) TikTok menjual produk keluarannya, termasuk minyak 1001 Khasiat Jungle Girl.
Mula berniaga sejak November tahun lalu, beliau menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, selain berkongsi rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya menerusi aplikasi berkenaan.
Tonton video perkongsian Fida di bawah:
@junglegirlhq1_ #junglegirl ♬ Gemilang – Ella
@junglegirlhq1_ Hasil yg support jungle girl dari dulu 😍 #Junglegirl ♬ original sound – Minyak Jungle Girl Original HQ
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 