Fesyen Baju Raya ‘Shirtless’ Teruk Dikecam, Pereka Fesyen Balas Dengan Komen Pedas
Berani ke nak pakai begini raya nanti?
Cover image via Instagram @anuarfaizalofficialTinggal beberapa bulan saja lagi umat Islam di Malaysia bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, para pereka fesyen tempatan kini sedang giat mempromosikan rekaan mereka untuk lebaran yang bakal tiba.
Antara fesyen yang paling *hit* ketika ini adalah rekaan fesyen jubah, kurta dan Baju Melayu moden. Namun, dalam banyak-banyak rekaan yang diketengahkan pereka fesyen, terdapat satu rekaan yang betul-betul mencetuskan kontroversi.
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Baru-baru ini, rekaan baju raya Anuar Faizal dikritik hebat oleh pelbagai pihak gara-gara gaya 'shirtless' yang ditonjolkan model dalam beberapa rekaan tersebut yang dilancarkan dua hari lepas
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Rekaan yang dinamakan **Eid by Anuar Faizal** itu menampilkan rekaan fesyen *colour block* yang dikatakan sangat *trending* ketika ini. Majlis pelancaran tersebut telah dilancarkan di Victoria Instituition Kuala Lumpur dan turut dihadiri media.
Bagaimanapun, setelah gambar-gambar rekaan tersebut dimuatnaik di laman Instagram hujung minggu lalu, rata-rata para netizen memberi respon dan komen negatif terhadap gambar-gambar tersebut
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Setelah menerima pelbagai komen negatif, nampaknya pereka fesyen tersebut turut membalas komen-komen netizen dengan komen yang agak 'pedas'
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Namun, semalam pereka fesyen tersebut memberitahu media bahawa perkara tersebut dibuat hanyalah untuk menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Menurutnya, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.
Anuar Faizal (kiri) bersama rakannya di majlis pelancaran Eid by Anuar Faizal hujung minggu lalu.
Image via Instagram @anuarfaizalofficial
Beliau memberitahu bahawa sebelum pertunjukan bermula, beliau sudah fikir kemungkinan dikritik orang ramai yang mungkin tidak faham dengan tindakannya itu.
Malah beliau juga mengatakan beliau tidak akan buat kerja gila dengan menunjukkan rekaan samping atau seluar tanpa baju untuk dipakai pada pagi raya.


