Fenomena ‘Kong Tao’: Kutipan Cecah RM4 Juta, Filem Seram Cina Tempatan Pertama Pecah Rekod

Kejayaan ini sekali gus memahat sejarah sebagai filem seram Cina tempatan pertama yang berjaya.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Industri perfileman tanah air menyaksikan satu lagi pencapaian luar biasa apabila filem seram rentas negara, Kong Tao, secara rasmi mencatatkan kutipan sebanyak RM4 juta di pawagam Malaysia

Kejayaan ini sekali gus memahat sejarah sebagai filem seram Cina tempatan pertama yang berjaya mencecah angka keramat tersebut. Momentum kutipan ini membuktikan Kong Tao bukan sahaja diterima oleh komuniti Cina, malah mendapat sambutan hangat daripada penonton pelbagai kaum, khususnya masyarakat Melayu yang meminati genre misteri dan kearifan tempatan.

Diinspirasikan daripada amalan ritual sebenar yang menyamai konsep santau, Kong Tao membawa penonton menyelami dunia ilmu hitam purba. Keberanian naskhah ini mengangkat kepercayaan lama yang sarat dengan misteri menjadi faktor utama ia tular di media sosial, sehingga mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat filem seram.

SAYS.com
Image via Kong Tao

Penerbit Eksekutif, C.K. Chiah, melahirkan rasa syukur atas sokongan padu rakyat Malaysia yang menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti keterbukaan penonton terhadap karya yang berani dan relevan dengan budaya serantau.

"Angka RM4 juta ini adalah bukti penonton kini semakin terbuka menerima cerita yang diinspirasikan daripada kepercayaan dan budaya kita sendiri. Sokongan ini memberi keyakinan kepada kami untuk terus menghasilkan karya berkualiti," ujar beliau.

Misi menawan pasaran asia

Kekuatan filem ini turut disandarkan kepada barisan pelakon dari pelbagai negara, antaranya:

  • Bront Palarae & Tony Eusoff (Malaysia)
  • Philip Keung (Hong Kong)
  • Kao Supassara Thanachat (Thailand)
  • Glenn Yong (Singapura) & Yumi Wong
SAYS.com
Image via Kong Tao

Selepas menggegarkan Malaysia dan Singapura, Kong Tao kini dalam misi melebarkan sayap ke seluruh pelosok Asia. Tayangan di Taiwan telah bermula pada 2 April lalu, diikuti oleh pasaran Myanmar, Vietnam dan Hong Kong dalam bulan yang sama.

Pihak produksi juga mengesahkan rundingan sedang giat dijalankan untuk membawa naskhah ini ke Thailand, Filipina, Korea, Jepun, India, sehingga ke Nepal, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai karya seram serantau yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Untuk rekod, Kong Tao mengisahkan tentang ritual ilmu hitam purba yang menjanjikan kuasa dan kekayaan, namun berakhir dengan igauan ngeri apabila roh yang dipanggil mula menuntut balasan nyawa, memaksa mangsa-mangsanya bergelut untuk menghentikan gangguan sebelum terlambat.

SAYS.com
Image via Kong Tao

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik