FBI Beri Penghargaan Kepada Malaysia Tangkap Warga Bangladesh Suspek Pornografi Kanak-Kanak
Suspek merupakan bekas pelajar perubatan di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas siasatan dan penahanan Zobaidul Amin, dituduh melakukan eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa
Dalam satu kenyataan semalam, 5 Mac, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata polis Malaysia telah menahan Zobaidul pada September 2022 sebelum mendakwanya dengan 13 pertuduhan berkaitan pemilikan dan penghasilan pornografi kanak-kanak.
Suspek telah dipindahkan dari Malaysia ke Alaska pada 4 Mac untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dakwaan penderaan dan eksploitasinya terhadap ratusan mangsa bawah umur di Alaska, negeri-negeri AS yang lain dan di luar negara.
"Kesan kes ini adalah berskala antarabangsa. Ia merupakan salah satu kes eksploitasi kanak-kanak dalam talian yang paling banyak disaksikan oleh AS.
"Kami berterima kasih atas kerjasama yang mantap dan kukuh antara Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Kehakiman, agensi penguatkuasaan undang-undang dan rakan kongsi Malaysia yang memungkinkan pemindahan ini, membolehkan kami meneruskan usaha mencari keadilan untuk mangsa," kata peguam AS Daerah Alaska, Michael J Heyman.
Pengarah FBI Kash Patel turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada kerajaan Malaysia kerana membantu dalam kes ini.
The @FBI and our great partners have arrested Zobaidul Amin, 28, a Bangladeshi national who has been wanted since 2022 on charges including running an international child sexual exploitation enterprise.
— FBI Director Kash Patel (@FBIDirectorKash) March 5, 2026
As of last night, Amin was transferred by FBI Anchorage from Malaysia back… pic.twitter.com/9tikZxQzky
Zobaidul merupakan bekas pelajar perubatan di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur
Semasa suspek ditangkap, setiausaha PDRM ketika itu, Noorsiah Saaduddin berkata Zobaidul disyaki menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak dari AS, memaksa mereka untuk membekalkannya dengan bahan lucah.
FBI telah bekerjasama dengan polis Malaysia untuk menahan Zobaidul di Seremban pada tahun 2022, di mana ejen khasnya, Caitlin McAlister kemudiannya memberi keterangan semasa prosiding mahkamah, lapor FMT.
Di AS, Zobaidul menghadapi hukuman maksimum 20 tahun hingga penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan.
Selain eksploitasi seksual kanak-kanak, suspek juga menghadapi tuduhan cyberstalking, pencurian identiti yang dan penipuan dalam talian di AS.

Zobaidul Amin hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2022.
Image via FMTLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 