Fasilitator Kena Reman 7 Hari Selepas Disyaki Cabul 4 Murid Darjah Enam Dalam Dorm Asrama

Suspek ditahan di rumahnya selepas laporan daripada guru besar dibuat pada hari yang sama.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang fasilitator sebuah akademi ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap empat murid lelaki 12 tahun di sebuah pusat latihan di Balik Pulau, Pulau Pinang

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi di bilik asrama lelaki pusat latihan berkenaan, Ahad lalu.

Beliau berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu telah ditahan di rumahnya di Sungai Petani, Kedah semalam selepas laporan dibuat oleh guru besar pada hari sama.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

SAYS.com
Image via NSTP/Zuhainy Zulkiffli

Kesemua mangsa merupakan murid dari sekolah rendah di Perak

Menurut Sazalee, kesemua mangsa merupakan murid di sebuah sekolah rendah di Perak yang menghadiri sebuah program di pusat latihan berkenaan selama dua hari.

"Mangsa menyedari disentuh pada awal pagi hari kejadian sebelum memaklumkan kepada guru pengiring," katanya.

Suspek turut dikatakan telah menghantar pesanan mesej perkataan yang tidak wajar dan berbaur gangguan seksual sehingga mengganggu emosi dua daripada mangsa.

Lelaki terbabit merupakan fasilitator akademi tersebut secara sambilan turut dikenali sebagai komander dan ustaz di pusat latihan berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: