Farm Fresh Lancar Iklan Raya Muzikal ‘Bersama SeMoola’, Tampilkan OST Eksklusif Di Spotify
Kempen ini melakar sejarah tersendiri sebagai iklan Raya pertama Farm Fresh yang dilengkapi dengan OST eksklusif.
Cover image via Farm FreshFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peneraju industri tenusu negara, Farm Fresh, sekali lagi mencuri tumpuan sempena musim perayaan ini dengan pelancaran iklan Raya terbaharu berjudul "Bersama SeMoola"
Filem pendek berdurasi 12 minit ini bukan sekadar iklan biasa, malah merupakan sebuah naskhah muzikal yang menggabungkan elemen nostalgia, persahabatan, dan keberanian untuk bermula kembali.
Mula ditayangkan di platform digital pada 11 Mac 2026, kempen ini melakar sejarah tersendiri sebagai iklan Raya pertama Farm Fresh yang dilengkapi dengan Runut Bunyi Asal (OST) eksklusif. Lagu bertajuk Gembira Raya Bersama Semoola ciptaan Margasatwa (Penerbitan Tongkat Sakti) bersama Megat Fazly kini boleh didapati di Spotify dan stesen radio seluruh negara.

Azmi Zainal bersama barisan pelakon, Khir Rahman dan Monrasli Aswad, dan kumpulan Margasatwa.
Image via Farm FreshMengambil inspirasi daripada estetika filem ikonik 'Rock Ooo' karya Allahyarham Mamat Khalid, Bersama SeMoola mengisahkan perjalanan empat bekas anggota kumpulan muzik era 70-an yang cuba melakukan kemunculan semula (comeback) dengan sebuah lagu Raya baharu.
Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Khir Rahman, Dboy Hamdan, dan Monrasli Aswad. Menariknya, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Encik Azmi Zainal, turut membuat kemunculan sulung sebagai salah seorang anggota kumpulan empat sekawan tersebut, membuktikan semangat seni tidak mengenal usia.
Elemen nostalgia & 'hook' yang ikonik
Di bawah arahan Faizal Noar, naskhah ini mengangkat tema yang jarang diteroka dalam iklan perayaan iaitu dinamika persahabatan warga emas. Ia menekankan bahawa minat dan semangat tidak pernah luput, malah boleh dinyalakan kembali menerusi kebersamaan dan sokongan keluarga.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Encik Azmi Zainal, berkata, "tahun ini Farm Fresh membawa satu lagi karya yang lain daripada yang lain. Bersama SeMoola ingin mengangkat kisah ringkas tentang persahabatan, keluarga, dan bagaimana muzik mempunyai cara tersendiri untuk menyatukan kenangan lama. Kami mahu menyebarkan keterujaan ini bukan sahaja menerusi visual, tetapi juga melalui OST kami yang kini mula dimainkan di radio dan Spotify."

Lagu OST yang dipersembahkan oleh Margasatwa mengambil ilham daripada lagu Raya malar segar yang kekal relevan merentasi generasi. Dengan hook "Ding ding ding!" yang menangkap keceriaan menerima duit raya, lagu ini dijangka bakal menjadi siulan ramai sepanjang Syawal nanti.
Farm Fresh turut menjemput orang ramai untuk memeriahkan kempen ini dengan menghasilkan rakaman cover lagu Gembira Raya Bersama Semoola di media sosial, menjadikannya satu momen penyatuan komuniti secara digital.
Filem pendek Bersama SeMoola kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube, TikTok, dan Facebook Farm Fresh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



