Fan Bingbing Kini Dikurniakan Gelaran Datuk, Mahu Kembali Promosi Melaka Bulan Depan
Fan Bingbing menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon antarabangsa dari China, Fan Bingbing dianugerahkan gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka semalam
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan ia sebagai tanda penghargaan terhadap peranan Bingbing dalam mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan global.
"Beliau telah membantu melonjakkan bandar bersejarah ini menjadi tumpuan pelancongan global, dan kami amat menghargai usahanya," katanya.
Pada Mei tahun lalu, Fan telah dinamakan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, dan dalam tempoh kurang tiga bulan, negeri itu telah menerima sebanyak 1.2 bilion carian dalam talian.
Melaka mencatatkan lebih 320 juta carian manakala carian atas nama Bingbing pula melebihi 800 juta carian di platform seperti WeChat dan Weibo.

TUN Mohd Ali menganugerahkan DPSM kepada Fan Bingbing yang membawa bergelar Datuk.
Image via Ab Rauf Yusoh (Facebook)Mahu kembali ke Melaka bulan depan bagi mempromosikan negeri itu
Menerusi laporan Harian Metro, Bingbing dijangka kembali ke Melaka bulan depan menjelang penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang dijadual berlangsung hujung bulan depan.
"Sudah tentu (saya akan kembali ke Melaka). Saya akan berkongsi lagi (komitmen terhadap pelancongan Melaka) dan akan kembali ke Melaka pada September kerana terdapat banyak kerja dan usaha baharu (dalam sektor pelancongan) di sini," katanya.
Istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri itu dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 